Review Filem Run all Night
Macam biasa.I memang suka layan Action movie dan tentunya filem Inggeris. Knp Action movie? dan kenapa mesti filem Inggeris?
Okey, bukannya I tak appreciate filem tempatan, tapi jarang sangat rasanya ada filem tempatan yang keluarkan filem aksi yang mampu tarik perhatian I. Kebanyakan hasil tangan tempatan adalah filem cinta, lawak dan komedi, seram, dan kalau ada pun filem aksi, tak kena dengan selera I. Bukan apa, filem aksi yang dihasilkan macam kurang 'kaw' dan mesej serta pembawakannya kurang menyentuh sanubari.
Memanglah filem inggeris ni garapannya bukannya 'senonoh' sangat pun.Kadang2 banyak jugak yang tak sesuai dipertontonkan.Tapi tak tahu kenapa mesejnya lebih 'menyentuh' sanubari.Terkesan. Sehingga semua mesej 'buruk' yg terselit dalam filem tu boleh 'pejam mata' je .Langsung tak tinggal dalam kepala (pendapat peribadi).
Contohnya, dalam filem ni.Awal2 lagi dah dihidangkan dengan lakonan di mana seorang budak lelaki berkulit hitam menyanyikan sebuah lagu rancak, dalam limosin dengan kawannya, Micheal. Lirik lagu yang dia nyanyi penuh dengan perkataan tak senonoh.Tapi fokusnya sekarang bukan pd lagu atau liriknya, tapi plot dan penceritaannya.
Jadi pengarah, pelakon dan penulis skrip berjaya menyerlahkan sisi dan fokus sebenar penceritaannya dengan tidak melebih-lebihkan plot yang tidak penting, tidak perlu /adengan sampingan yang keterlaluan.Berbeza dengan filem aksi tempatan yang kadang2 nampak terlalu menyerlahkan sisi gelap/tidak baik dalam penceritaannya.Kadang-kadang aksi yang dilakukan keterlaluan dan nampak melampaui norma. (tak semua)
Berbalik pada lakonan Liam Neeson ini,memegang watak Jimmy, seorang bapak yang dihantui masa silamnya.Dia terjebak dalam pengaruh buruk, bersahabat dengan idolanya yang juga rakan sekutunya iaitu shawn Maguire , penjahat hebat bandar itu.
Ketenangan Jimmy diragut apabila mendapat tahu, anak lelakinya Mike,terperangkap dan menjadi sasaran bunuh oleh Danny, iaitu anak kepada Sekutunya, Shawn.Tak mahu nasib anak lelakinya Mike berakhir seperti nasibnya, Jimmy cuba menyelamatkan anaknya itu daripada menjadi sasaran dendam Shawn apabila anaknya Danny terbunuh ditangan Jimmy.
Jimmy terpaksa memilih antara kesetiaannya sebagai rakan Shawn, dan anak lelakinya.Siapakah yang akan menang dalam pertarungan ini? Shawn atau Jimmy? dan apa pula nasib cucu-cucu serta menantu perempuannya sekiranya anak lelakinya Mike mati?
Filem ini berjaya menonjolkan elemen kesetiaan (Melalui watak persahabatan Jimmy dan Shawn), kekeluargaan, keinsafan diri atas kesilapan lampau, penyesalan, (melalui watak Jimmy dan Mike) kejujuran dan amanah (watak detektif polis ) , kasih-sayang (watak isteri Mike dan anak2).
1 Reviews:
Catat Ulasan