Sedap ke Avocado?

Assalamualaikum..

Aku selalu scroll page member FB aku sorang ni dan ternampak dia post pasal Avocado. Aku ni 2x 3x tengok mulalah rasa tertanya2.Membuak-buak rasa tu.

Sedap ke buah Avocado ni? Ada rasa manis2 mangga tak? sebab aku tengok isi Avocado ni macam lembut je..?

Macam tembikai tak? berjus dan sedap..?

Atau macam oren tak? masam2 manis?

Ke macam rasa  sayur-sayuran? Aku konfius!

Last week aku ke pasar. Giant je pon. Beli barang2 dapur. Sesambil topup bawang putih dengan bawang merah yang dah habis.

Aku beli buah anggur sikit. Aku memang suka buah. Aku kalau dapat makan buah-buahan ..tak makan nasi pun tak apa!

Aku ternampak buah Avocado! Aku teruja gila!

Kecik tapi harga RM 3 sebijik!Aku pon terpikir.Nak cuba ke tak nak. Nak ke tak nak?

Macam mana kalau buah Avocado tu tak sedap? Kelat? Tawar? Rugi je beli nanti. Siapa nak makan? laki aku? konpem dia tak nak!

Aku pon belek2 buah tu. Licin kulitnya! teruja lagi. Tengok warna hijau dia macam best je. Aku pegang pastu cuba picit2 buah tu. Macam tekstur mangga muda! tak lembik tak keras.

Hmm.Aku pon amik plastik masukkan dua biji. Kena rasa ni!

Last2 selamat jugak depan kaunter bayaran dua biji Avocado tu!


                                                   Inilah rupa Avocado yang aku beli tu..


Rasa Avocado? Rasa dia macam isi kelapa muda. Lemak2 gitu.Pertama kali aku masukkan isi dia ke dalam mulut aku terbayang macam makan isi kelapa lah pulak!


Aku sebenarnya tak tahu nak makan macam mana lagi Avocado ni. Jadi aku pun Googlelah. Rupanya boleh buat ice blended, jus Avocado, Sos Avocado, dan macam-macam lagi!

Resepi Jus Avocado :



JUS AVOCADO
Bahan-bahan:
1 biji buah avocado  masak
1 cawan susu segar
gula secukup rasa

Ais Kiub secukupnya
Topping vanilla cream /coklat cair /perisa kesukaan.

Boleh juga dicampur dengan buah-buahan lain mengikut kesesuaian 


CARA PENYEDIAAN:

1. Blend isi Avocado sehingga menjadi jus.
2. Campurkan susu segar dan blend lagi dengan sedikit gula.
3.Hidangkan dengan ais dan topping yang disukai.



ice cream Avocado nyum3



Pelbagai menu resepi berasaskan Avocado


7 ulasan:

  1. Akak memang suka avocado. Time murah mesti beli banyak sikit buat jus alpukat nih :)

    BalasPadam
  2. tak pernah rasa jugak avocado ni huhu >,<'

    BalasPadam
  3. suka jus avocado + coklat..*drooling*..aiskrim tu sedapnya..

    BalasPadam
  4. kalau jalan-jalan ke indonesia,avocado adalah jus yang paling hit kat sana.diorang panggil jus alpokat,kadang-kadang diletakkan dengan coklat..kalau boleh beli yang masak memang sedap...

    BalasPadam
  5. sedapkan jus avocado,pernah buat sekali, pastu letak coklat cair hersyey's tu sket...terus gian nak beli buah avocado tu byk2 :)

    BalasPadam
  6. hmm huda pon tak pernah try.. nanti kalo pegi mall kene try makan

    BalasPadam
  7. kalau mkn gitu2 je tekak sy boleh terima kalau dah campur dgn benda lain rs cm lain je

    BalasPadam