Pengalaman bersalin Induce

 Assalamualaikum w.b.t.

Bermula bulan MAC ,Akibat covid 19 semua aktiviti di luar dihadkan dan masyarakat  diarah duduk dirumah menjalani PkP.Saat itu aku telah pun mengandung 7 bulan.

Masa2 kujalani dengan berkurung di rumah.Tak seperti selalunya menjalani hari -hari dengan rutin pergi-balik kerja 8jam sehari dan memandu diatas jalan raya seawal 6 pagi - 4 petang.

Selepas mengharung PKP gara2 Covid 19, dan segala kegusaran tentang prosedur bersalin musim pkp akhirnya aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Ilya Nabila. Alhamdulillah.. sekarang Baby Ilya dah masuk 4 bulan usianya.

Kali ni aku nak ceritakan tentang pengalaman di induce ketika bersalin dalam musim PKP Covid 19. Pengalaman pertama bersalin, diinduce pula tu..memanglah takkan dapat dilupakan.

Oh bagi yang baru ikut blog ni dan kenal aku, sebenarnya Baby Ilya Nabila ni adalah buah hati yang kami suami isteri nanti2 kan selama 7 tahun perkahwinan kami. Ilya Nabila merupakan baby IVF HKL.

ya.Ilya Nabila baby IVF yang berjaya dilahirkan dengan kuasa dan kehendak Allah s.w.t. Disebabkan aku buat rawatan IVF di HKL jadi aku buat keputusan bersalin di HKL jugak untuk mudahkan pemantauan dan rujukan jika terjadi apa2 masalah.

Nak dijadikan cerita.Kebetulannya musim Covid 19 so 3 bulan jugak la memerap di dalam rumah. Sampailah dah masuk 37 week masih tak ada sebarang tanda baby nak keluar.Contraction palsu pon xada.(atau mungkin ada tp aku xperasan sbb 1st time mengandung). 

Baby Ilya seronok sangat dalam perut macam tak mahu keluar.Week 38 doktor buat surat untuk warded. Seminggu sebelum due date aku warded.Jururawat perbidanan memantau kontraksi dan meminta aku memberitahu keadaan kandungan.Aku dikehendaki menjawab bebereapa soalan.Antaranya termasuklah soalan seperti di bawah:

  •         Adakah keluar rembesan mucus berwarna coklat atau sedikit berdarah?
  •      Adakah ketuban sudah pecah?
  •      Apakah warna air ketuban?
  •      Adakah kontraksi bermula
  •           Berapa kerapkah kontraksi?
  •       Berapa minggu usia kandungan sekarang?
  •            Adakah aku mempunyai sebarang masalah dengan kehamilan ini?

 ·      Selepas pemantauan menunjukkan belum sampai masanya untuk bayi keluar, maka aku kembali ke ward.Sewaktu dalam ward kelas pertama ini, selang beberapa jam bp akan dipantau dan nurse akan memeriksa tahap kesakitan dan kekerapan kontraksi terjadi.Aku pulak xada rasa sakit.relax dan masih boleh mengunyah makan sebab kebosanan setelah baring duduk, tidur.Katil kanan depan semua sudah selamat bersalin.Hanya tinggal aku yang terpinga pinga bertanya sendiri apela yang aku buat dalam ward ni.

Tunggu punya tunggu baby macam belum nak keluar.Kontraksi langsung xada! doktor beritahu aku akan diinduce.Tiub berbentuk belon dimasukkan ke dalam vagina.Menurut doktor aku perlu memakai tiub belon tersebut sehingga keesokkan hari belon itu jatuh sendiri.

Malam itu aku tidur bersama tiub yang dipakaikan.Namun tidur aku tak nyenyak kerana tidak selesa dengab tiub di dalam tubuh.Puas aku cuba melelapkan mata namun xdapat pejam juga.Kalih kiri kanan masih sama.

TIUB


Tambahan lagi,tak tahu lah kenapa baby katil depan aku nangis tak henti2.Kesian emaknya kepenatan memujuk bayi.Semalaman aku tidur ditemani tangisan bayi.Rupa rupanya bukan itu sahaja yang dilalui.Ada kejutan lain yang sedang menanti.

Belon masih tak jatuh sendiri! Doktor datang cek bp dan tanya ada sakit x  selang beberapa jam aku pon xingat.Nurse periksa bp dan ctg masih tiada tanda baby nak keluar.Belon dikeluarkan.Masih menunggu kontraksi datang.

Tiba2 bukaan sudah 6cm.Doktor maklumkan aku akan dimasukkan ke labour room jam 5 ptg. Suami tiada di sisi tapi sempat aku mesej beritahu tentang itu.Tepat 5 petang nurse datang minta aku tukar baju untuk ke bilik bersalin.

Masih terkebil2 dalam labour room.sejam bukaan masih 6cm.Doktor mohon untuk pecahkan air ketuban.Aku redho.Selepas air Ketuban keluar barula beransur2 kesakitan datang.

Sakit semakin kerap.Nurse minta aku menyedut gas ditepi katil yang disediakan sekiranya terasa sakit.Malangnya kesakitan xdapat diatasi dengan menyedut gas itu.Aku dipujuk nurse disampingku mengatakan aku sedang berjuang fii sabilillah.

kerana terlalu sakit nurse menyarankan aku mengambil suntikan epidural.Mulanya aku menolak.Selepas hampir sejam aku mohon epidural dijalankan.Pakar bius dihubungi. Selepas disuntik, kontraksi semakin kerap.

Selepas 6 jam, lahirlah bayi IVF kami.Tepat jam 11.43 minit malam 13 Mei 2020 ,20 Ramadhan. Tarikh bersejarah buatku menyambut anak sulong yang dinanti hampir 7 tahun.Suami melaungkan iqamat selepas bayi dibersihkan.

ILYA


Berasambung 》》 part 2





2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Tahniah nabila dan pasangan dapat timang cahaya mata lepas berIVF. Alhamdulillah.

    Kiranya baby dah 4 bulan lebih kan sekadang ni? ☺️

    Tak mampu nk bayangkan ibu² yang kena induce. Masuk belon. Sakit diaorang. Keselesaan lagi. Aduh 😭

    Pengalaman Ruby 4 orang anak, belum pernah lagi di induce.

    Apa² pun. Tiap ibu2 yang bersalin pasti ada pengalaman sendiri yang tak boleh lupa sampai bila². 🥰

    Ruby follow sini dah ya.

    BalasPadam