Salah ke saiz XS?
Salam ,
Semoga sihat sentiasa
Kali ni nak story sikit pasal beberapa insiden yang menyebabkan diri ini berfikir dan bermenung sendirian. Terkadang rasa lucu, tapi terkadang rasa janggal pulak.
Untuk yang bertubuh 'Renek' dan 'kurang inci' tu tentu faham masalah yang melanda diri ini. Hahaha, masalahnya tak ada lah sebesar mana, mengalahkan masalah dunia!
Kalau pasal mencari saiz pakaian, mungkin tak ada masalah sangat.Saiz kasut? apalah sangat, rata-rata kedai kasut yang ada kat Malaysia ini masih lagi menawarkan kasut bersaiz kecil dan stylo.
Cuma, terkadang masalah tu muncul dari diri sendiri.Masalah kurang keyakinan diri! Hahaha.
Nak bergaya pun terkadang kena pikirkan bentuk tubuh dan ketinggian yang dimiliki.Kadang bila dah terover konpiden, ada pula insiden-insiden yang tiba2 menjengah dan menyebabkan low self esteem tu!
Fuh!
Al-kisah yang terjadi...
KISAH 1
Aku dengan Hubby aku, baru pindah .Kami naik lif untuk ke rumah kami.Tiba- tiba ada satu keluarga ni masuk, jiran baru kan, mestilah nak bersuai kenal.Maka tercetuslah perbualan anatara Si bapa dengan suamiku.
"Baru pindah ke?"
"Ya, baru jugak pindah masuk". Hubby membalas berbasa-basi.
"Oo, so anak sekolah mana?" Sambil mata Si bapa memandang sekujur tubuhku.
Kwang3x...
Maka berhuhu lah aku di dalam hati..
Nasib baik suamiku membalas selamba,
"Eh, anak tak ada lagi.." Senyum tipis.
"Errr.." Si bapa itu termagu2 sendiri sambil dicuit sang isterinya yang berdiri di sisi.
Kemurunganlah aku sebulan..Ehek! (sila ketawa ala2 cute girl)
KISAH 2
Pulang dari kerja, perut terasa lapar lalu ternampak orang berniaga makanan di tepi jalan.Tanpa berlengah terus menuju ke arah itu untuk membeli sesuatu.
"Bagi pisang goreng ni lima ringgit!" Pinta aku.
"Sekejap ye, dik!" Balas wanita yang kukira usianya hampir sama seusiaku atau mungkin terlebih kurang dariku.
"Adik?"
Terus aku termagu2.Muda sangat ke nampaknya aku?

6 Reviews:
Catat Ulasan