Tik Tok & Me
Assalamualaikum w.bt
Hai semua.Menginjak tahun 2022 ni terasa benar-benar diri ini dah berusia.Masih banyak yang perlu dipelajari..Dunia semakin moden dan canggih hinggakan tak terkejar rasanya.Jika bloggers semua masih ingat suatu masa dulu aku pernah menulis mengenai aplikasi Tik Tok.Sewaktu itu aplikasi ini masih terlalu asing untuk aku.Almaklumlah aku kan lahir zaman dinosor. Aik?
Hari ini aku nak perbetulkan beberapa salah fahamm aku terhadap aplikasi Tik Tok ini.Sebenarnya, apa apa sahaja jenis teknologi pastilah ada kebaikan da juga keburukannya.Aplikasi atas talian ni adalah ciptaan , rekaan daripada manusia. Secanggih mana sekalipun direka , ia sebenarnya masih belum mampu mengatasi otak manusia.
Justeru, yang menetukan sesuatu aplikasi itu memberikan manfaat kebaikan atau tidak ke atas kehidupan manusia adalah ,manusia itu sendiri atau dalam kata lain, pengguna itu sediri!Samalah juga dengan aplikasi Tik Tok ni ya tuan-tuan puan-puan sekalian..Jika sebelum ini aku mengutuk habis- habisan aplikasi Tik Tok ini ,kali ni aku tak kutuk sangat la. Setelah mendalammi dan mempelajari selok- belok Tik Tik ni ,aku cuba ambil yang positif.
Apa yang aku nampak di dalam Tik Tok ini kebanyakannya adalah :
1.Terdiri daripada pegguna pelbagai perigkat umur (daripada anak hingusan sehiggalah nenek si bongkok tiga) - ye ke ni?
2. Pengguna Tik Tok terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kepelbagaian budaya ( Ada Jepun, Korea, Negro, Indo, Melayu, Cina dan sebbagainya.....terlalu banyak!)
3. Pelbagai latarbelakang (Ada ibu tunggal, anak dara, bujang teruna, buaya tua, enek yag dah menopous pon ada)
4.Pelbagai tujuan (Ada yang saja-saja untuk hiburan, ada jadikan Tik Tok medium perkogsian maklumat, ada juga berniaga, mencari rezeki dan pelanggan , dan sebagainya)
Ramai pengguna Facebook dan Instagram kii juga tela eralih kepada Tik Tok kerana didapati penggunnaan Tik Tok adalah lebih bersifat user friendly dan Tik Tok ni lebih interaktif.Apa maksud dua benda yang aku sebut tu. User Friedly? mesra pengguna. Aplikasi Tik Tok ni bersifat mesra pengguna. Ia seakan faham kehendak pengguna dan setiasa mengutarakan trend terbaru untuk pengguna.Pengguna boleh memuat naik gambbar, video, animasi malah boleh mengedit megikut mood dan kesesuaian yang dikehendaki oleh pengguna sendiri!
Tik Tok juga merupakan aplikasi yang bersifat interaktif menggabungkan video, audio (bunyian), grafik dan gambar megikut kehendak penggYang bestnya, boleh rekod suara sendiri, juga boleh letak bunyi musik Pengguna boleh berkomunikasi secara LIVE dan berinteraksi secara maya di ruangan kome yang disediakan.Ada banyak ciri seperti filter, timer, speed, dan effect yang boleh dimasukka dalam kandugan yang hendak dimuat naik.Pendek kata semua ada.Tidak hairanlah aplikasi ini makin menjadi kegilaan anak remaja yang bersifat igi tahu dan suka mencuba benda baru!
Disebabkan tak mahu ketinggalan dan tak mahu mmelawan arus maka aku pun buka akaun Tik Tok. Memetik kata-kata seseorang di Tik Tok "Nak tak nak, untuk kekal relevan kita kena adapt , tak pun mereputlah "
Tapi berbalik kepada semua yang aku taip panjang-panjang di atas ni, semua ni tak lain tak bukan dooonia semata-mata.
Ha, kawan-kawan blogger semua mesti dah ada akaun Tik Tok kan? Jomla jenguk akaun Tik Tok aku.Al maklumlah newbie baru belajar...jemput ya!
0 Reviews:
Catat Ulasan