TOYOTA : Kinto One-Konsep Islamik
TOYOTA. Satu jenama yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Jenama Global ini melangkah maju selaras dengan perkembangan dunia moden ini dengan menawarkan medium baharu kepada pelanggan memiliki dan memandu kenderaan tanpa perlu terbeban kaedah pembelian sewa-beli kenderaan secara tradisional sebelum ini .
Toyota Capital Malaysia memperkenalkan Kinto One,program langganan kereta Islamik pertama dunia daripada kerjasama strategik antara Toyota Capital Malaysia dan UMW Toyota Motor dan direka secara khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup generasi baharu berkaitan mobiliti.Melalui sistem ini, pelanggan tidak perlu melakukan pembelian untuk penggunaan kenderaan.
Selari dengan visi Mobility for All yang dijuarai oleh Toyota, pelan langganan kenderaan yang dinamakan Kinto One ini merangkumi bayaran ansuran bulanan tetap termasuk sekali kos pendaftaran kenderaan, insurans komprehensif tahunan dan cukai jalan, penyelenggaraan berjadual serta penyelenggaraan pencegahan.
Kinto One Ia disasarkan untuk memenuhi keperluan generasi muda pemilik kenderaan yang inginkan kebebasan dan mobiliti melalui pelan langganan bulanan dengan ansuran tetap dan inklusif.
Bagi penggemar gaya terkini dan pengguna yang sering mengikuti perkembangan teknologi pastinya ia menjadi berita yang ditunggu-tunggu.Pakej langganan kenderaan ini menawarkan tempoh langganan sama ada bagi dua tahun atau tiga tahun.Selepas tempoh langganan kenderaan tamat pengguna cuma perlu memulangkan kembali kenderaan kepada Toyota Malaysia.
Kinto One yang telah dilancarkan oleh Toyota Motors Corporation dan diperkenalkan di banyak negara di dunia termasuk di Amerika Utara dan Amerika Selatan serta di Asia dan di Eropah.
Bagi yang berminat, bolehlah melawati laman web www.kinto-my.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan.Model semasa ditawarkan termasuk Toyota Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner dan Camry dengan banyak lagi model lain disertakan termasuk Lexus.
0 Reviews:
Catat Ulasan