Surat dari Neraka
Assalamualaikum WBT
kepada seluruh anak cucu Adam.
Warkah ini aku titipkan buat tatapan dan renungan kamu
sekalian anak cucu cicit Adam agar menjadi Pedoman untuk kamu dikemudian
hari!!! dan bacalah ia dengan penuh keinsafan agar ia meresap di dada, dan
kekal menjadi peringatan buatmu.
Wahai Manusia!!!
Bangkitlah kamu
dari tidur-tidurmu..Sekarang terimalah pembalasanmu. Inilah imbuhan kepada apa
yang telah kamu kerjakan.Maka sesungguhnya tidaklah bagi kamu apa yang kamu
perolehi ini melainkan daripada apa yang telah kamu kerjakan ketika kamu hidup
di muka bumi ciptaanku.Setiap amalan dari sekecil-kecil zarah debu sehinggalah
sebesar-besar kuman akan diberi perhitungan.
Dan di atas titian
Sirat akan menentukan amalan amalanmu.Barangsiapa yang melepasinya maka akan
berbahagialah ia,dan seandainya sebaliknya bersiap-sedialah kamu dengan
azabnya.
Telah disebutkan di dalam Al-Qur’an tentang Al-Mizan..dimana
timbangan segala amalan kebaikan dan amalan kejahatan akan disukat.Jika
timbangan kebaikanmu baik ia adalah sekecil-kecil kuman, lebih berat berbanding
timbangan kejahatan yang kamu lakukan ,maka berlegalah kamu.Namun jika
sebaliknya yang berlaku bersiap sedialah kamu dengan pembalasan setimpal yang
bakal kamu perolehi.
Dan ingatlah kamu
,sesungguhnya azab yang akan kamu terima seandainya kamu termasuk di dalam
golongan penghuni neraka itu adalah amat dasyatnya. Tidak tertanggung oleh kamu
keperitannya, tidak akan terlepas setiap dari kamu dari menanggungnya kecuali
bagi orang-orang mukmin yang mentaati segala perintah dan menjauhi segala
larangan-NYA.Dan telah di sebutkan di dalam Al-Qur’an tentang kewujudan neraka
Jahanam itu yang maha Dasyat.
Wahai manusia!!!
Takutlah kamu dengan neraka Jahannam..kerana di sini bahawa sesungguhnya adalah hiam gelap,
tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan
pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat
70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah
yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari
api.
Sesungguhnya
bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap
gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula
terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor
dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya
mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dan pada hari
kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka
Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung kamu di sebelah
kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung pula disebelah hadapan muka kamu, serta
datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakangmu. Dan kamu (Jin
dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan berlutut
serta memanggil-manggil, “Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami!!”
Telah diriwayatkan
bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
“Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
“Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat
apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap
satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung
dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut.
Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka
Jahannam.
Wahai Manusia!!
Tahukah kamu akan luasnya neraka itu?
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail
datang kepada Nabi saw pada waktu ! yang ia tidak biasa datang dalam keadaan
berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.
“Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya
Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan
penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka
Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar
untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”
Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku
sifat Jahannam.”
Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu
tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum neraka Jahanam itu nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya dek kerana panasnya.
Demi Allah
yang mengutus engkau dengan hak, andaikan bahawa sehelai daripada baju ahli
neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati seluruh
penduduk bumi dek kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebutkan di dalam
Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair bukit itu sampai ke
bawah bumi yang ke tujuh.Masya-Allah betapa tinggi kekuasaan-NYA!
Demi Allah yang
mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat itu tersiksa,
nescaya akan terbakarlah orang-orang yang berada di hujung timurnya kerana
tersangatlah panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya adalah
besi,logam panas, dan minumannya adalah dari air panas yang dicampur nanah dan lendiran yang kotor lagi menjijikkan, dan pakaiannya pula adalah
daripada potongan-potongan api yang menyala.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu itu ada
bahagiannya yang tertentu untuk orang laki-laki dan perempuan.”
Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan
pintu-pintu rumah kami?” Jawab malaikat Jibrail: “Tidak, tetapi pintunya selalu
terbuka, Setiap satu adalah lebih panas daripada yang lainnya,dari pintu ke
pintu adalah jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang
lain 70 kali ganda.”
Tanya Rasulullah s.a.w : “Siapakah penduduk pintu
masing-masing?”
Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang
munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya adalah neraka Al-Hawiyah.
Pintu kedua adalah tempat orang-orang musyrikin bernama
neraka Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi’in yang bernama neraka Saqar.
Pintu ke empat tempat
Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama neraka Ladha.Manakala
Pintu kelima pula untuk orang yahudi bernama neraka Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara yang bernama neraka Sa’eir.”
Pintu kelima pula untuk orang yahudi bernama neraka Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara yang bernama neraka Sa’eir.”
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:
“Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”
Jawab malaikat Jibrail: “Di dalamnya orang-orang yang
berdosa besar dari kalangan ummatmu yang sehingga mati pun belum sempat untuk
bertaubat.”
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan
itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga
sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan
masuk ke dalam neraka?”
Jawab malaikat
Jibrail: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.”
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis,
kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
Wahai Manusia!!
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu
tidak akan dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-NYA.Tidak takutkah
kamu dengan pembalasan dari tuhanmu?
Ingatkah kamu akan
peristiwa Israk dan Mikraj?Sebagaimana yang telah diceritakan di dalam
AL-Qur’anul Karim.Telah di bawa Rasullullah s.a.w ke langit lalu dipertontonkan
akannya azab-azab di neraka.Dan betapa kebanyakkan penghuni neraka itu adalah
daripada kaum Hawa.
Rasullullah s.a.w
telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang
perempuan yang dilihat menerima balasan diatas segala perbuatan yang telah
dilakukannya ketika dia berada di dunia. Dan antaranya adalah;
Ada pun perempuan
yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih pula otak kepalanya; maka bahawa
sesungguhnya ketika di dunia dia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki
yang haram memandang akan dirinya,
Dan adapun
perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas itu
dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya perempuan itu ketika
hayatnya,amat suka menyakiti suaminya.
Dan adapun seorang
perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah Zaqqum itu dituangkan
masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia ketika hayatnya telah ia
memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa keizinan daripada suami yang menikahinya.
Dan adapun
perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api
nereka yang panas menyala itu; maka bahawa sesungguhnya dia telah keluar rumah
tanpa keizinan daripada suaminya.
Dan adapun
perempuan yang tergantung sambil dia memakan daging tubuhnya dan api neraka
yang panas itu dinyala-nyalakan di
bawahnya; maka bahawa sesungguhnya dia telah memperhiasi tubuhnya untuk
orang lain dan tiada pula dia
memperhiasi dirinya untuk tontonan suaminya sendiri.
Dan adapun
perempuan yang tergantung lalu ditambat
pula oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya lalu
ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu
beberapa ekor ular dan kala jengking berbisa .Dan kala jengking serta ular itu
itu memakan akan dagingnya dan menghisap akan darahnya; bahawa sesungguhnya dia
ketika di dalam dunia tidak bersuci
badannya dan tidak mandi junub ,haid mahupun
nifas lalu ketika hayatnya dia gemar pula meringan-ringankan solat.
Dan adapun
perempuan yang tergantung dalam keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam
kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak
zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. Ketika hayatnya dia telah
melakukan zina dan kemudiannya memperakui anak yang dikandungnya itu sebagai benih daripada
suaminya.
Dan adapun
perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti
tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat gemar mengadu-ngadu,menjadi batu api
dan amat gemar berdusta serta melaga-laga.
Dan adapun
perempuan yang seperti rupa anjing dan api yang panas membara masuk ke dalam
mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya dia sangat
suka mengungkit pemberian dan pertolongan orang dan banyak dengki mendengki
dengan kelebihan yang dimiliki orang lain.
Justeru,tidak
takutkah kamu wahai kaum Hawa,akan janji-janji tuhanmu?Tidak gentarkah
kamu berhadapan dengan azab-azabnya?.Jauhilah diri daripada
kemurkaan-NYA.Sentiasalah mencari Redha suami, kerana bahawa sesungguhnya bagi
seorang wanita itu,syurganya adalah suami.
Dan Allah SWT pernah
berfirman; maka apabila seseorang wanita bergelar isteri itu mentaati suaminya,
melayani suaminya selagi sang suami tidak menyuruhnya melanggar ketaataannya
kepada Allah, serta sentiasa mendapat keredhaan daripada suaminya…janji syurga
adalah buatnya.
Wahai manusia!!!
Tahukah kamu,dan adapun laki-laki yang akan dijanjikan
neraka itu?dan mereka-mereka itu adalah; seorang ayah.
Apabila
seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di
dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup
aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan Dunia sahaja maka
dia akan ditarik oleh anaknya ke dalam
neraka.
Apabila seorang
suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan mahram,dan apabila suami berdiam diri.....walaupun dia seorang yang alim
(solat tidak bertangguh,puasa tidak
pernah tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke dalam api
neraka.
Apabila ayahnya
sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula
abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan
adik perempuannya pula dibiar melencong dari ajaran Islam.....Maka, tunggulah
akan mereka itu tarikan daripada adiknya di akhirat kelak.
Apabila seorang
anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,maka
anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.....nantikan
tarikan daripada ibunya di neraka kelak.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja
di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan dalam membimbing mereka.
Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni
neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api,
dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan
tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat:“Wahai Iblis,
naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.”
Setelah Iblis
menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para
penghuni neraka.”
Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan
ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis yang dilaknat.
Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang
munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang
benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan
menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka
Sa’ir.”
Berkata Iblis lagi:
“Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan
kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan
di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua
mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu
mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana
sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang
mengumpat.”
Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah
Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?”
Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat
menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat
menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang
telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari
keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”
Setelah
sekalian ahli neraka mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis
itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api
dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya
bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.
Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu
semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat
selama-lamanya.”
Janganlah kita
menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita,
Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut
menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas bersegeralah kita kembali ke
pangkal jalan ,seandainya nafas sudah berhenti maka segala-galanya sudah tidak
berguna lagi.
Mereka yang
takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan
di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang
yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang
Islam itu sebagai saudaranya.
Mereka yang
mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka
ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki
dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah
ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka
sendiri dan menghancurkan Islam.
Apakah masih belum jelas padamu akan balasan syurga dan
neraka itu? Maka apakah masih kamu belum sedar akan segala janji-janji-NYA itu
adalah benar.Sekiranya kamu adalah dari kalangan yang takut akan kemurkaan-NYA
maka marilah kita bersama-sama berdoa agar tidak akan termasuk ke dalam
golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka Jahanam yang amat dasyat lagi
menggerunkan itu??
Yang Benar,
…………………………..
(Sahabat yang memperingati)