HOMEOPATHY DR. ZAINUDIN
Homeopathy bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita.Ia adalah satu kaedah rawatan
yang bermula kira-kira amalan 200 tahun lalu di Jerman. Samuel Hahnemann
mendapati ia berkembang dengan pesat di Eropah dan seluruh dunia. homeopathy
adalah berbeza dalam hampir semua aspek perubatan "rasmi" iaitu
perubatan konvensional barat.
Prinsip utama ‘rawatan
penyembuhan’ ini adalah :
MERAWAT PENYAKIT /
PESAKIT MENGIKUT PRINSIP ‘SERUPA MENYEMBUHKAN YANG SERUPA’ (SIMILIA SIMILIBUS
CURENTUR)
Di mana ‘Pengambilan
jumlah yang besar sesuatu penawar menimbulkan gejala penyakit kepada golongan
sihat, tapi pada masa yang sama pengambilan di dalam dos yang kecil secara
berterusan oleh si pesakit pula boleh menyembuhkan gejala penyakit yang sama.
Suatu contoh ialah
Allium Cepa atau Bawang Merah. Semua orang tahu yang mengupas dan memotong
bawang merah boleh menyebabkan perit tekak dan pedih mata serta air mata
meleleh dan hingus cair pun meleleh beserta dengan hidung terasa pedih.
Di dalam kaedah perubatan homeopathy ,
penawar ini boleh menyembuhkan seorang yang mengidap selsema pada peringkat
awal dimana gejalanya adalah perit tekak, pedih mata dan air mata meleleh serta
hidung pedih. Jika awal selsema itu tidak mempunyai gejala yang sama maka
penawar untuk selsema itu bukan Allium Cepa tetapi penawar lain yang mempunyai
gejala yang sama!
Sesiapa yang masih belum memahami konsep
perubatan homeopathy hanya perlu mencubanya sendiri dengan memastikan yang ubat
yang diambil betul-betul mempunyai persamaan dengan penyakit yang diidap
nescaya sudah tidak perlu lagi meraguinya!
Dengan pengunaan"dos
yang sangat kecil" dalam istilah homeopathy, mempunyai keupayaan untuk
menyembuhkan.
Di Homeopathy Dr. Zainudin, beliau menyediakan rawatan Homeopathy untuk pelbagai jenis penyakit, termasuklah rawatan untuk patah tulang, dan masalah lain.
Bagi yang ingin mendapatkan rawatan atau pertama kali ingin mencuba rawatan ini,
boleh hubungi ditalian:
03-61858676
Homeopathy Dr Zainudin
No.21
Jalan Batu Muda 2,
Taman Batu Muda
Jalan Batu Muda 2,
Taman Batu Muda
Batu Caves
K.L
Rujukan :
Gasparin J; Institut
Homeopàtic de Catalunya, Barcelona,Revista de Enfermeria (Barcelona, Spain)
[2005, 28(3):9-15]
http://nursyifa.info/homeopathy/homrumah.html