Ustaz Ustazah 'mee segera'?

Assalamualaikum.Salam sejahtera.

Mungkin dah ada pun Bloggers yang buat entri pasal ni, tapi I tetap nak tulis jugak.Ni versi I pulak. Versi ni adalah dari sudut pandang I. Tak kesah la..kalau ada yang tak setuju atau tak berapa nak setuju.Pandangan masing2 kan.Kita negara demokrasi..bebas bersuara.Ada hak untuk bersuara.

Seperti yang kita nampak hari ni..memang banyak program2 realiti yang melahirkan pelbagai bakat baru.Tak kurang jugak program realiti yang mencari pelapis dalam bidang keagamaan dan kerohanian.Contohnya, program macam Ustazah Pilihan, Pencetus Ummah, dan sebagainya.

Pencetus Ummah


Eloklah..kan? Barulah ada konsep 'Ballancing' dekat situ.Mana boleh program hiburan je ada reality showkan? Macam dalam akaun pun kena ada debit dan kredit, dalam Falsafah Cina ada Ying Yang, dalam hidup ada susah ada senang, ada lelaki ada perempuan, ada Siang ada malam.

Tapi bagus ke kewujudan ustaz dan ustazah segera ni? Macam 'Mee segera'? Terpulanglah pada penilaian individu.Pada I sendiri..tak ada salahnya.Alhamdulillah sebab dengan program realiti macam ini dapat membentuk golongan pelapis yang akan menyambung legasi dakwah islamiah.

Menariknya, kewujudan mereka yang macam 'cendawan tumbuh lepas hujan ni' dengan pelbagai kelebihan tersendiri. Ada versi Bollywood, ada versi 'Maharaja Lawak' dan macam2 lagi.Pada pandangan I yang cetek ilmu agama ni..Ia satu perkembangan yang baik dan positif.

Zaman moden macam ni, anak2 muda memang tertarik pada hiburan.Jadi rasanya tak salah (pandangan I jer) dakwah diselitkan unsur2 tersebut selagi tak mempermainkan agama dan menyalahi batas2 agama? Seperti yang semua tahu sasaran dakwah bukan hanya kepada golongan tua ganyut yang dah nak masuk kubur, tapi semua lapisan masyarakat..dan dalam lapisan masyarakat itu juga ada golongan ibu2, nenek2, anak dara, anak teruna, bapak2 dan datuk2 malah kanak2! Tapi janganlah sampai boleh jadi 'Lagha' dan 'gelap hati'.

Penyampaian ilmu di dalam bilik darjah zaman sekarang ni pun dah canggih! Mana boleh lagi pakai chalk and talk semata2. Budak2 sekarang dah pandai demand.Nak ada slide show, nak ada kartun2..nak ada muzik, gambar cantik2 teknologi canggih dalam pembelajaran, nak ada selit lawak sikit2 nak kena ada nyanyi2 sikit2 ,hiburan sikit..barulah  nak 'belajar' barulah nak ada semangat nak mendengar apa yang cikgu ajar.Kalau tak..bukan setakat tak belajar..tak nak datang sekolah!

gen Y


I ni bukan golongan 'cerdik pandai' yang nak memandai2.Tapi iyelah..ada otakkan? jadi nak jugalah suarakan logik akal pikiran I ni.Kalau ikut logik..rasanya tak salah pun.Tapi iyelah..kalau ikut tradisi dakwah zaman Rasullullah mungkin cara dan pendekatannya agak berbeza.Tapi macam cara didikan anak2..kena ikut di dalam zaman mana mereka berada.

Kalau dulu2 berdakwah naik unta, berkelana..zaman sekarang takkan nak naik unta lagi..kita dah moden.Banyak pengangkutan boleh guna.Sebab zaman dan canggih juga pelbagai media digunakan untuk berdakwah.Kita dah ada Tv,radio, internet, majalah, surat khabar.

Al-Qur'an ada menyebut:

"Serulah kepada jalan Allah dengan Hikmah ,Nasihat yang baik ,dan dengan cara yang baik."
(Surah Al-Nahl ;125)

Ada makcik2 macam saya ni, zaman saya dulu zaman Bollywood..senior2 saya masa zaman sekolah dulu semua boleh hapal lagu Bollywood.Jadi bila dengan ustaz guna lenggok baca petikan ayat Al-Qur'an ala-ala Bollywood ,teringat zaman belajar sekolah dulu.Teringat..kalau dulu, daripada hapal lagu bollywood tu tukar hapal potongan surah2 guna lenggok tu pun dah boleh hapal banyak surah dalam Qur'an sekarang.Jadi mak cik macam saya ni sukalah dengar ceramah ustaz gitu.

Kalau zaman ramaja sekarang ni,suka lawak.Tertarik nak dengar ceramah ustaz yang selitkan lawak sikit2 tak la mengantuk,dan sedikit terhiburkan?Tapi macam mana pun, dakwah yang paling berkesan tetap dakwah seperti di zaman Rasullullah.Dakwahnya begitu terkesan dan terus menyentuh jiwa.

Sejujurnya, pada I dakwah yang paling berkesan untuk I adalah di mana, ketika mendengar butir2 bicara pendakwah tersebut terus terasa hinanya diri I di sisi Allah sebagai makhuk kerdil ciptaannNYA.Mendengar butiran kata pendakwah tersebut terus sampai ke dalam jiwa, terus menusuk hati, terasa hiba dan menitiskan air mata.Terus timbul kesedaran dan keinsafan kesan dari 'MAGICAL' dan 'Semangat' yang ditiupkan dalam setiap butiran kata2 dakwahnya.

Setiap orang ada citarasa tersendiri.Ada yang  suka jenis yang lebih manis, ada yang suka kurang gula, ada yang suka masin, ada yang suka masam..Tepuk dada tanya selera.

p/s: Nasib baiklah tak ada lagi ustaz/ustazah buat penyampaian majlis ilmu ala2 korean dancer/ singer kalau tak..hihi tak tahulah I?
   

kpop style


3 ulasan:

  1. Selagi xt'gelincir dr batas agama ok kot.. kita sbgi penonton pun kena la bijak memilih rancangan yg sesuai...>__<

    BalasPadam
  2. Betul..selagi tak melangkau batas yang ditetapkan...rasanya takde masalah...

    BalasPadam