Hukum Bermain Alat Muzik dan Mendengar Muzik/Nyanyian
Umum tahu apa itu Muzik.Bunyi2 an yang terhasil daripada alatan tertentu menghasilkan paduan irama.
Ada pendapat mengatakan hukum bermain muzik itu haram.I sendiri yang kurang ilmu ni tak dapat nak meletakkan duduk hukum sebenar.Tapi sebagai seorang islam wajib ambil tahu.
di sini I kongsikan penulisan di ruangan komen oleh seorang ustaz mengenai perkara ini.
c) Bermain alat muzik yang harus, namun telah dicampur
dengan perkara-perkara yang haram seperti nyanyian-nyanyian oleh golongan
wanita dalam keadaan mendedahkan aurat di hadapan golongan lelaki ajnabi atau
bukan mahram dengan suara yang merdu, lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur
cinta asmara, percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,
disertai dengan arak, judi dan sebagainya. Para ulamak telah sepakat
menghukumkan bermain alat muzik dalam keadaan seperti ini adalah haram.
DI SINI, kita dapati bahawa persoalan berkenaan
dengan hukum alat muzik ini merupakan satu perkara yang menjadi khilaf
(perselisihan pendapat) di kalangan ulamak. Mereka tidak sepakat mengenainya.
Ini bermakna ia tidak termasuk dalam perkara ijmak para ulamak. Inilah yang
ditegaskan oleh al Syeikh Ja-du al Haq dalam kitab Fatawa beliau. Dalam
fatwanya itu beliau telah menolak dakwaan sesetengah golongan yang mendakwa
bahawa persoalan muzik dan mendengarnya adalah termasuk dalam perkara ijmak
para ulamak. Penolakan beliau itu berdasarkan kepada apa yang dihuraikan oleh
al Imam al Syaukani di dalam risalahnya yang bertajuk Ibtol Da’wa al Ijma’ ‘ala
Tahrim Mutlak al Sima’ – iaitu Membatalkan Dakwaan Ijma’ Para Ulamak Ke Atas
Hukum Haram Mendengar Muzik Secara Mutlak.
Ada pendapat mengatakan hukum bermain muzik itu haram.I sendiri yang kurang ilmu ni tak dapat nak meletakkan duduk hukum sebenar.Tapi sebagai seorang islam wajib ambil tahu.
di sini I kongsikan penulisan di ruangan komen oleh seorang ustaz mengenai perkara ini.
Oleh: Ustaz Ridhwan Hj Hashim
BA (Univeristi Al-Azhar), MA (UKM)
Bekas Imam Masjid Subang Jaya,
a) Menggunakan
alat-alat muzik yang dilarang oleh syarak, maka kedudukan muzik itu adalah
haram.
b) Menggunakan alat-alat muzik yang diharuskan oleh syarak,
maka kedudukannya adalah harus seperti memukul ghirbal (sejenis rebana) sewaktu
perkahwinan.
PANDANGAN ULAMAK MENGENAI ALAT MUZIK
Terdapat pelbagai pandangan di kalangan ulamak mengenai
perkara di atas. Mereka tidak sepakat mengenainya disebabkan perbezaan
pandangan dalam memahami hadis-hadis yang menyebut mengenai alat-alat muzik dan
juga dari segi penentuan kedudukan martabat hadis-hadis yang diriwayatkan
mengenainya.
Golongan Ulamak Yang Pertama
Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua bentuk alat-alat
hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut
tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:
a) Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah
sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:
Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku menjadi
Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah
telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian),
alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik
bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah ………..( hingga ke akhir hadis ).
( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )
Golongan Ulamak Yang Kedua
Di sana terdapat sebahagian ulamak yang mengharuskan
alat-alat nyanyian atau muzik. Antara ulamak-ulamak tersebut ialah Al Syeikh
Mahmud Syaltut. Beliau telah menjelaskan dalam fatwanya Al Fatawa Dirasah li
Musykilat al Muslim al Mu’asir fi Hayatihi al Yaumiyyah wa al ‘Ammah di mana
katanya:
“ Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara yang
merdu tiada boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau suara manusia
atau suara binatang. Hanya haram itu apabila digunakan pada perkara haram atau
digunakan untuk tujuan haram atau ia melalaikan daripada perkara yang wajib
pada syara’ ”.
Golongan Ulamak Yang
Ketiga
Golongan ini ialah
golongan yang mengharamkan beberapa jenis alat muzik dan mengharuskan selain
daripadanya. Alat-alat muzik yang diharamkan itu ialah (al mizmar- المزمار ) seruling atau semua alat yang ditiup
seperti serunai dan seumpamanya, (al awtar – الأوتار ) alat muzik bertali dan (Thoblu al Kubah – طبل الكوبة) gendang kecil yang ramping di tengah (lihat gambar-gambar
alat tersebut sebagaimana dilampirkan). Inilah pendapat di sisi Imam al Ghazali
r.a. dan mereka yang sependapat dengannya. Ini kerana ia menjadi lambang kepada
peminum arak dan khunsa. Selain daripada alat-alat muzik tersebut hukumnya masih
kekal dengan seperti asalnya iaitu harus. Umpamanya rebana sekalipun terdapat
loceng kecil padanya, begitu juga dengan tabuh, syahin dan gendang yang dipukul
dengan kayu serta alat-alat lain.
Dengan ini, maka
sewajarnyalah kita saling meraikan dan menghormati pendapat atau pendirian
golongan yang mungkin berbeza dengan pendapat atau pendirian kita. Kita tidak
boleh menghukum secara muktamad umpamanya mengatakan bahawa dia adalah haram
sama sekali dan sesiapa yang menggunakannya maka berdosa, menjadi fasik dan
ditolak kesaksiannya. Kita seharusnya berhati-hati apabila mengeluarkan hukum
khususnya yang melibatkan halal dan haram. Imam Malik pernah berkata: Tidak
pernah menjadi sikap golongan yang telah mendahului kita yang telah menjadi
ikutan mengatakan: “ Ini halal, itu haram. Sebaliknya mereka berkata: Saya
tidak suka ini, saya berpendapat begini ”.
Jadi pada pandangan penulis Blog ni sendiri Pulak, berdasarkan senario dunia hiburan hari ini, dengan artis2 wanita berpakaian seksi, bercampur gaul lelaki perempuan tanpa batas dalam keraian, bermain muzik untuk hiburan semata2 untuk bersuka-sukaan, ditambah kelazatan hidangan minuman haram dan sebagainya hukumnya jatuh haram.
Tetapi jika bermain muzik untuk tujuan pelajaran, mempertahankan kesenian dan warisan ,untuk meraikan, mungkin wajar dipertimbangkan. Hm..lagipun kalau bermain untuk OKESTRA kebangsaan atau Kebudayaan dalam keadaan yang tak bercampur gaul lelaki perempuan tanpa batas, dan aurat terjaga, tak memudharatkan.(Pendapat peribadi)
Namun masih perlu berwaspada, kerana Dalam Muzik itu sendiri ada Kelazatan,Keasyikkan dan selalunya Kelazatan serta keasyikkan itulah yang akan mendatangkan Kelalaian.Syaitan juga suka melalaikan.Nauzubillahiminzalik.
Ulamak-ulamak
kita bukan Jahil atau tidak mengerti bahawa hukum Muzik itu khilaf ulamak ,
mereka lebih tahu dari kita, tetapi mereka punya disiplin Ilmu dalam
menghikayat qaul-qaul ulamak untuk orang Awam . mereka punya pendirian "
Kalau boleh dielakkan daripadanya maka itulah sebaik-baiknya, kerana mengambil
jalan ihtiyathi – Ø¥Øتياطي- iaitu
mengambil sikap berwaspada dan berhati-hati agar lebih selamat – itu adalah
sangat digalakkan dalam Islam. "
Paling baik, jika Muzik itu memudharatkan, lebih membawa kepada tujuan yang melalaikan dan sia2 , Lagha maka jauhilah ia dan jika lebih berat kepada tujuan kebaikan bertawakkallah dan tetapkan niat kepada kebaikan.
Paling baik, jika Muzik itu memudharatkan, lebih membawa kepada tujuan yang melalaikan dan sia2 , Lagha maka jauhilah ia dan jika lebih berat kepada tujuan kebaikan bertawakkallah dan tetapkan niat kepada kebaikan.
info bermanfaat :D
BalasPadamnice info..=)
BalasPadamustaz azhar ckp main gitar jgn sampai jadi najis..hihi, (youtube with zizan razak =))
Bab halal haram ni kadang2 rumit sikit, tambahan plak bila para ulama pun tak bersepakat.
BalasPadamBut nice sharing :)
sokong pandangan sheikh mahmud ..hukum asal akn alat musik itu tiada haram..jika haram akan dirinya maka haram akan bunyinya,jadi xleh dgr radio etc
BalasPadamSalam singgah petang jumaat...terima kasih sudi singgah dan follow blog Diana yer...
BalasPadamPerkongsian yang baik untuk kita semua...
Thanks for the info. mmg bagus bila blajar pelbagai pendapat. Anjing sbgi najis pon ada byk pendapat dari imam2. Sangat interesting utk kita tahu :) Cuma orang kita ni kadang2 terlalu nak terima satu pndapat shja
BalasPadamdone follow #205
BalasPadamsalam, ingat nak hantar anak2 main piano dan guitar..
BalasPadamdah follow sini balik :D.. nice info
BalasPadamassalam..
BalasPadamsaya balas kunjungan ke sini dan follow back :)
info yang sangat baik
info yang sangat berilmu & bermanfaat.
BalasPadamSyifa, saya tag awak untuk liebster award
http://thenamyblog.blogspot.com/2015/02/liebster-award.html
info yang baik.. done follow back..
BalasPadamterbaik (Y)
BalasPadam