TTC JOURNEY

Hai All Bloggers.Thanks sudi singgah...

Bulan lepas, genap perkahwinan I berusia 2 tahun.Bohonglah kalau I tak ada apa2 perasaan bila tengok kawan2 lain & sedara mara terdekat yang kawin lagi lewat dari I tup2 dah beranak.Of course lah naluri tu bergelodak je especially time raya bila orang bertanya "Dah ada ke?" ..dan dengan tersenyum pasrah, menjawab belum sampai rezeki lagi.

Actually memang I dan hubby dah cuba pelbagai cara untuk dapatkan zuriat.Nampaknya belum sampai masa lagi untuk kami menerima cahaya mata.Now, I nekad nak mulakan journey TTC dan mendapatkan consultancy serta bantuan Pakar Sakit Puan,

Asalnya selama 2 tahu ni I dan hubby nak try cara alami.Kira nak cuba hamil secara semulajadi.Tapi nak masuk 2 tahun masih tak berhasil kami pun cuba amik supplement dan pelbagai makanan tambahan macam makanan sunnah, Shakelee , Asid Folic, GLA, dlln.Tapi masih belum kunjung tiba juga zuriat kami.

Today, lepas balik kerja I terus drive ke Klinik Kesihatan terdekat yang I tahu.Dalam bangunan UTC, So I pikir senang sikit nak cari.I pun ke KLINIK KESIHATAN SENTUL.Oleh sebab tak pernah berurusan di Klinik ni, I pun kena mendaftar dulu.Nurse pon tanya nak jumpa doctor kenapa? Tak tahu nak terangkan macam mana.Lagipun ramai orang beratur belakang I masa tu. I pun jawab nak berurusan hal sakit puan dan dalaman wanita.

Lepas tu kena tunggu dalam 40 minit sebelum nombor giliran I naik.Lepas bayar seringgit dapatlah kad kuning, kad rekod  rawatan.


ni resit pendaftaran.


Selepas berurusan di kaunter, Kerani Kaunter sekali lagi bertanya,nak jumpa doktor sebab apa? Jawapan yang sama, hal sakit puan.Jadi I di suruh ke kaunter no.6 dan bertanya pada nurse terbabit.
Selepas ke kaunter 6, dengan alasan yang sama, berjumpa doktor sakit puan, (saya difahamkan doktor berkenaan di bilik itu adalah doktor wanita) saya diminta tunggu lagi, ikut giliran.

Sebaik nombor giliran tiba, saya masuk.Doktor berbangsa Cina yang saiz badannya lebih kurang sama saiz saya.Doktornya agak ramah, dan lemah lembut,Sejurus menerangkan masalah saya dan tujuan berjumpanya, dia bertanyakan beberapa soalan berkaitan Kitaran haid, hubungan suami isteri dan kekerapan, tahap kesihatan suami dan sejak bila saya didatangi haid, berapa lama jangkamasa haid.Selepas menjawab pertanyaan doktor, doktor turut bertanya samaada suami merokok.

Kemudian doktor meminta saya memeriksa tekanan darah.Saya diminta ke bilik B diluar biliknya.Jadi saya pun ke bilik berkenaan.Kena menunggu lagi! Selepas mengambil tekanan darah, nurse berkata tekanan darah saya normal.Saya diminta ke bilik tadi semula.

Doktor menyediakan surat rujukan untuk membolehkan saya meneruskan pemeriksaan dan rawatan lanjut di Unit O & G dihospital kerajaan.Selepas doktor menulis diskripsi ubat-ubatan yang dibekalkan untuk saya dia meminta saya ke kaunter ubat dan datang semula nanti untuk mengambil surat rujukan saya tadi.

                                                                       
 Surat Rujukan untuk Rawatan di Unit O& G


Selepas mengambil ubat, saya terpaksa menunggu lagi sehingga nama saya dipanggil.Nurse menyerahkan surat rujukan dan meminta saya ke unit O & G di hospital terdekat.



Asid Folic yang dibekalkan doktor.


Doakan perjalanan TTC saya selepas ini dipermudahkan...AMINNN




7 ulasan:

  1. Saya doakan yang terbaik....saya pun sama tengah berusaha. Saya doakan awak dimurahkan rezeki... Amin.

    Jemput singgah blog sy VITAMIN WAJIB MASA TRAVEL

    BalasPadam
  2. Amin...amin...amin...moga Allah sentiasa terima doa2 hambaNya. .

    BalasPadam
  3. ada InsyaAllah...slalu solat malam

    BalasPadam
  4. Doa byk2..solat mlm..solat hajat...zikir.. insyaAllah...rancangan Allah tu lagi manis dr kita sangkakan...semoga cpt2 dpt baby...aamiin

    BalasPadam
  5. Hana bulan 12 ni nak masuk 1 tahun perkahwinan tapi masih menunggu zuriat. huhuhu sama perasaan kita kan.. org lain tup2 dah ada bby. kita lama menunggu. Hana pergi klinik swasta dia kata kalau setahun perkahwinan tak pelu lah buat treatmen apa2.jadi hana biarkan dulu.

    BalasPadam