Ehemmm..Jumaat yang Istimewa.
Bismillahirahmanirrahim..
Syukur, dapat mengecap
udara segar ciptaan Allah.Hari ini 1 januari 2016 sekali lagi diberi peluang
untuk hidup.
Menginjak lagi ke tahun
baru, rasa macam baru semalam menyambut Januari 2015 tak sangka sudah setahun
ditinggalkan.Bererti semakin singkat umur aku hari ini.
Istemewanya 1 januari
2016 ini jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari.Hari Jumaat. Mengingatkan
pada detik yang semakin singkat. Pernah mendengar seorang ustaz berkata, hari
kematian seseorang adalah sama dengan hari kelahirannya
Ya, aku dilahirkan pada
hari Jumaat, tanggal 19 Rabiulawal 1407 H.Jam satu setengah tengahari. Apakah
aku akan meninggal pada hari ini? semua itu takdir.Tarikh kelahiran memang
telah tercatat di dalam IC namun tarikh kematian semuanya ditangan Allah s.w,t.
- Alangkah indah kalau meninggalnya aku juga pada hari Jumaat.Sebagaimana dikatakan orang yang meninggal pada Malam atau hari Jumaat adalah Khusnul Khatimah.
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru , bahwa Rasulullah bersabda: "Setiap muslim yang
mati pada siang hari Jum’at atau malamnya, niscaya Allah akan
menyelamatkannya dari Fitnah kubur". (Hadirh Riwayat Ahmad dan Tirmizi, dinilai
shahih oleh Al-Bani).
mati pada siang hari Jum’at atau malamnya, niscaya Allah akan
menyelamatkannya dari Fitnah kubur". (Hadirh Riwayat Ahmad dan Tirmizi, dinilai
shahih oleh Al-Bani).
· Di dalam Islam sendiri menceritakan
istemewanya hari Jumaat.Tahu tak matahari dicipta di
dunia pada hari Jumaat?
Nabi Adam diciptakan dan wafat pada hari Jumaat? Dimasukkan ke
dalam syurga juga
pada hari Jumaat ? Nabi Adam turun ke dunia juga pada hari Jumaat.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabada: "Hari terbaik dimana
pada hari itu matahari terbit adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan,
dimasukkan syurga serta dikeluarkan darinya. Dan kiamat tidak akan terjadi
kecuali pada hari Jumaat." (Hadith riwayat Muslim)
pada hari itu matahari terbit adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan,
dimasukkan syurga serta dikeluarkan darinya. Dan kiamat tidak akan terjadi
kecuali pada hari Jumaat." (Hadith riwayat Muslim)
- Dikatakan juga Allah s.w.t menampakkan dirinya kepada golongan syurga di akhirat kelak pada hari Jumaat.
Sahabat Anas bin Malik dalam mengomentari ayat: “Dan Kami memiliki
pertambahannya” (QS.50:35) mengatakan: “Allah menampakkan diri kepada
mereka setiap hari Jum’at”.
- Kitab As-Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan diantara Nabi Adam AS dengan Hawa; Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha: Nabi Musa AS dengan Shafura binti Syuaib AS; Rasulullah SAW dengan Khadijah; Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah RA binti Abu Bakar RA serta Ali KW bin Abi Thalib dengan Fatimah az-Zahara RA binti Muhammad SAW.
Sesuai dengan gelarannya Penghulu segala hari, hari Jumaat ternyata menjanjikan banyak kelebihan untuk manusia.Antaranya pada hari Jumaat:
1. Terdapat Waktu Mustajab untuk Berdo'a.
2. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding
sedekah pada hari-hari lainnya.
3. Hari dihapuskannya dosa-dosa.
4. Pahala atas orang yang menunaikan solat Jumaat.
Lalu, apakah yang akan berlaku sekiranya aku mati pada tanggal 19 Rabiulawal iaitu bersamaan hari Jumaat? Bersediakah aku menghadapi detik2 selepas itu?
19 Rabiul Awwal ye? Happy blated birthday. :)
BalasPadamSinggah petang....Selamat hari lahir juga...
BalasPadamsentiasa berdoa agar kita dimatikan di hari jumaat.
BalasPadamdi hari yg baik.
dlm keadaan yg baik.
happy belated birthday....
BalasPadamSelalu jugak doa mcm tu. Moga dimatikan pada hari khusnul khatimah :(
BalasPadamhappy belated besday
BalasPadam