Dituduh menggodam dan kacau periuk nasik orang?

WOW! TAK SANGKA I HEBAT MENGGODAM. MUJUR TAK GODAM AKAUN BANK ORANG KAN. HABIS SEMUA DUIT AKAUN ORANG I GODAM.

Al kisahnya, I nak edit template blog, nak la konon2 cari inspirasi jadi I terjumpa template yang agak cun la, Tapi template ni pakai template DENIM, Sekarang kan blogger pakai template baru so template denim dah tak ada. Jadi dengan usaha keras I cuba cari coding code html untuk template denim dan try la ikut design satu blog ni.Lagi pun I ni bukannya Blogger hebat kan? baru nak blajar2 dua tiga tahun baru2 ni.




Header Blog .
Masa ni kekeringan idea macam mana nak buang content wrapping keliling 
tu n sedang gigih design wrapping lain warna pink untuk keliling border putih tu. 


Content Blog
Okey.I jumpa cara nak letak inlay corak dalam border tu.Tapi yela still di kira tiru gakla
design orang walaupun dah tukar wallpaper poppies flower dalam tu kan?

Opps.. disebabkan busy, Maka masa I edit template blog I , I ni terlupa nak set mode private, jadi terpublish la blog I tu yang tak siap tu dengan design yang ala2 ciplak design blog cik akak sorang ni.
Apa lagi mengamuk dia datang blog I and siap tulis tolong pulangkan design dia yang I tiru tu, Opss. alamak I tiru design dia? Lupa lak. Kenapa pi publish design yang ala2 tak menjadi tu sedangkan template blog I tak abis lagi design! wah siap dapat gelaran penggodam!

Hm, silap I jugak, nak edit macam design dia, tapi still nampak macam dia punya! owhh. Ye la side bar header x sempat tukar, wrapping content pun x sempat cari lain, terus publish! Lagi pon I bukan blogger sepenuh masa, tak sempat nak edit dah publish, salah sendiri cari nahas kan. Dapat pulak dengan tuan tanah yang jenis gitu.Kan?

Yang lagi bestkan cik akak ni nak report polis sebab kata i curi periuk nasi dia. Lepas tu publish nama blog I dengan tujuan apa ye? Ohh nak busukkan nama I ke? Nak publisiti ke? WOW pemaafnya akak tu, lepas tu publish blog, terima kasih kak sebab maafkan I. DAN publishkan link blog I yang 'menggodam ' periuk nasi akak.( Lepas ni popular lah blog i kan?)

I ni berblog bukan nak cari makan, saja isi masa lapang. Bukan nak populariti. Saja nak berkongsi maklumat , walaupun tak seberapa.

Maklumlah lulusan Sains Komputer (Multimedia) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer ni, tak teror sangat koding HTML, javascript, SQL, Database dan design bagai. Lagi pun I ni SUPER BUSY dan MALAS! Jadi terpaksa  'Menggodam Blog' AKAK dengan ter'sengaja' ye? Kalau betul salah ,k la kita minta maaflah, kita pun buanglah design yang cun melucun  template akak kita tu.

By the way I sepatutnya KAKAK BECOZ  I 31 y old K? n SORRY again I berblog bukan untuk CARI MUSUH  atau CARI DUIT tapi mencari kawan dan bersilaturrahim. Kalau salah silap harap maafkan dan bukan diperbesar-besarkan dan diheboh2 kan.

KALAU KITA PIKIR KITA BESAR ingat Ada yang LEBIH BESAR dan kalau PIKIR KITA HEBAT INGAT ADA YANG LEBIH HEBAT


SEKIAN
KU pandang KU Jeling dari jauh-
Malas nak layan

P/S: I ni tak suka cari gaduh, dan malas nak besar2 hal, kalau salah kita ngaku salah. Lagi pun I cuma terima AURA +VE je, so kalau AURA -VE ni silalah main jauh2.. Bahaya kalau lekat banyak -VE.

TARIK NAFAS PANJANG ( POSITIFKAN DIRI ANDA!) FUH...

11 ulasan:

  1. Sampai report polis ke? Wahh. patutnya dia kena dengar explanation dulu kan. Sabar ye sis. dugaan untuk sis (:

    BalasPadam
  2. Macam2 ye skrg ni. Sabar lah ye sis. Mungkin dia salah faham tu. Sama-sama saling memaafkan. Tapi ana tak pernah pun dgr kes sis ni. So kira ok lagi lah kan. Hehe

    BalasPadam
  3. allahu, ni yang tk best dengar bile sesama rakan blogger cam ni. bagi mek, blogger ni mcm keluarga la. kot ye pun, cari la emel settle dalaman elok elok. ape nk terus publish gituuuu. hmm, mek rilex je orang sedeqahkan template. takde plak rase cam pengemis

    BalasPadam
  4. haha, poyo je, benda kecik je pun leh settle elok2 dari nak mengamuk 1 dunia, sabar ye....hahaha, meh yaya tolong tiup aura +ve jugak...hahaha

    BalasPadam
  5. semoga baik-baik semuanya lepas ni dan salin memaafkan

    followed here

    helloaiman

    BalasPadam
  6. Sis sabar yea, biasalah kalu dalam dunia realiti nie org boleh bergaduh2, apatah lagi bila dalam dunia maya seperti nie.. semoga dipermudahkan segalanya...

    BalasPadam
  7. lahh org mcm ni pun ada ke.. hahaha kelakar, baik letak di blog sendiri, kalau copy apa2 i report polis 😂😂😂

    BalasPadam
  8. sampai nk report polis? wahhhh apa dia hilang berjuta2 ke krn hal sebegini? alahai manusia....

    BalasPadam
  9. Copy code je.. blog dia tu jd cmne.. tk de efect kn..

    BalasPadam
  10. hurmh.. tak de registered pun, design semua orang boleh guna..

    BalasPadam
  11. Sabar aje lah...sekarang ni macam2 jenis orang ada :(
    Sepatutnya berblogging dapat ramai kawan dan bersilaturrahim...

    BalasPadam