Sexual Grooming Membahayakan Remaja?

sexual grooming

Assalamualaikum w.bt..

Apa khabar semua? lama rasanya tak merepek kat blog. Baru-baru ini sewaktu Bell berkesempatan nak scroll FB terbaca nukilan tentang seseorang mengenai contoh2 sexual grooming yang boleh attract remaja kepada naluri membuak2 ingin mencuba, meniru, meneroka.

Susah nak cakap.Terus-terang, dalam sekolah, luar sekolah ke budak remaja sekarang memang dah tak selamat.Anak2 perempuan especially. Yang suci bersih ,yang ibubapa jaga ibarat menatang minyak yang penuh, senang2 je dirosakkan oleh tangan2 kotor kat luar sana.

Sedih, memang sedih. Sangat2 mencabar untuk menjaga anak remaja di zaman ini.Kadang2 bukan salah ibubapa pon. Puas sudah dididik, dijaga rapi, entah di mana silapnya, ada mata2 liar dan nakal yang sudah lama menanti mangsa.Pujuk rayu, dan pelbagai.

Kadang pemikiran diracun rakan2 baik dan rakan sepermainan sendiri, kadang dipengaruhi teman baru, kadang terlalu bersifat ingin tahu, ingin cuba, ingin meneroka yang berlebihan membawa mudarat kepada remaja itu sendiri.Aduhhh.. payahnya! Takut sungguh hendak membesarkan anak di zaman ini.


Anak lelaki juga begitu. Biar pun telah dijaga rapi, dibekal ilmu agama, diasuh santun dan adabnya, terkadang jika tidak menjadi pemangsa, silap-silap dia jadi mangsa! Terlalu baik takut dibuli, disakiti,  sebaliknya pula, bimbang dia pula menjadi pemangsa. Terpengaruh dengan rakan sebaya, tercemar oleh hasutan dunia, terlalai oleh godaan media massa, dan pelbagai lagi godaan di alam maya.

Menurut saudari yang menulis di FB beliau itu, beliau mendapati Sexual Grooming ini bukan sahaja berleluasa, malah antara sedar atau tidak ibubapa dan orang awam secara sengaja telah mendedahkan remaja dengan perkara tersebut.

Remaja. Naluri dan sudah sifatnya memang sentiasa ingin tahu.ingin cuba.Apa agaknya yang terjadi jika sedikit demi sedikit mereka disuapkan dengan perkara-perkara lucah seperti itu? Apa yang akan terjadi dengan sifat ingin tahu mereka? Semakin membuak-buak, semakin teringin , terliur hendak mencuba, merasai, nak menikmati perasaan itu.

Antara contoh Sexual Grooming yang biasa kita lihat dalam masyarakat dan semakin parah.

1) Drama Romatik

Cinta. Itu yang digila-gilai oleh remaja perempuan. Perasaan berkasih-sayang, romantik dan mesra antara lelaki dan perempuan.Malang sekali drama TV masa kini gemar menayang aksi separuh ghairah, menggoda, adengan bilik tidur, bilik mandi , adengan hotel ,katil dan simbol-simbol tarikan seks dan aktiviti seumpamanya kepada umum. Tanpa segan silu berbaring diranjang, membelai-belai.. bayangkan fikiran remaja jika melihatnya.. pasti tertanya2 apa terjadi seterusnya? apa yang mereka lakukan selepas itu? Maka akan terlahirlah fikiran nakal, meliar, bernafsu , dan bermacam lagi di minda remaja .Nauzubillah!


2)Video , ponografi, gambar separuh bogel, wanita seksi di Internet.

Terlalu banyak! malah terkadang jika sedang melihat Facebook, tiba-tiba sahaja terkeluar  pop-up video yang bukan-bukan entah dari mana munculnya melalui group FB yang ada. Geram juga tatkala sedang melayari internet keluar pula iklan tidak senonoh dengan gambar ghairah di skrin telefon pintar kita. Sedangkan Pak haji boleh gugur iman, bapak budak beranak sepuluh pun boleh terbeliak mata melihatnya, inikan pula ramaja kita yang masih muda? Astaghfirullah.. Bell sendiri malu tatkala terpandangkan foto-foto perempuan seksi begitu.

3)Novel lucah.

Bell setuju dengan rakan kita di Fb yang menyatakan Novel cinta melayu gemar memasukkan Elemen yang menjurus kepada Sexual Grooming dalam penulisannya.Rosaklah minda remaja-remaja jika membacanya. Penulisan yang menjurus kepada pemikiran nakal, bayangan dan imaginasi liar..memalukan! Adengan ranjang, menanggalkan baju, hubungan suami isteri diceritakan dalam penulisan novel. Al maklumlah, kalau tak ada permintaan, takkan nak ada pasaran,kan?
Tak laku pula novel mereka nanti!

Tapi mujur jugalah budak2 sekarang malas membaca.Sedangkan nak buka buku teks Sejarah pun malas.Teks Novel BM pon belum tentu diselak, inikan pulak nak baca novel yang berjela-jela panjangnya. Tapi kalau ada Sexual Grooming dalamnya..rasa-rasanya.. laju je mereka baca?

4)Facebook, Twitter ,Instagram dan lain-lain media

Post gambar seksi, menggoda, baju ketat sendat.Untuk dipuji. Tarikan.Hm, lepas tu mata2 nakal pun mulakan Sexual Grooming. Terbaca pulak twitter remaja yang mengaku time raya terliur nak 'ehemm2' sepupu perempuan.Astaghfirullah! Nampak tak ? Tingginya imaginasi nakal mereka!
Parah, masyarakat kini sangat menakutkan. Manusia kini lebih menakutkan daripada hantu dan zombi! Mayat hidup yang berjalan pun tak menakutkan berbanding syaitan bertopeng manusia seperti ini.

Nauzubillah.Jauhkan dari keturunan kami Ya Allah!

5) Rakan sebaya, teman sepermainan

kadang-kadang teman rapat kita ramai,mereka juga punya teman lain ,lelaki maupun perempuan. Sayangnya  terkadang ada yang nakal, yang baik yang nampak baik tapi sebaliknya. Manusia ini banyak topengnya, banyak wataknya.

Nampak alim mungin disebaliknya dia bukan seperti yang kelihatannya. Manusia ini pelakon dipentas dunia. Watak apa yang ingin dimainkan, sejauh mana berjaya kita membawa watak itu, terpulang pada diri.Berhati-hatilah.Banyak onak dan duri di luar sana.Hidup tak seindah disangka.

Remaja. Khasnya perempuan. Dipuji sedikit mulalah hatinya terusik. Dilayan baik, dipuja-puja masakan mereka tak tergoda? Apatah lagi anak remaja yang rapuh hatinya. Si jejaka pula, pantang lihat Si dahi licin mulalah cuba masuk jarum. Tunjuk ambil berat, tunjuk kasih-sayang, beri hadiah, belanja makan, keluar bersama, berkongsi masalah kononnya, sudahnya...? Mulalah ke peringkat yang lebih 'Advanced' Bercinta kononnya!

Pegang tangan, belai muka, gosok kepala, lepas tu...? Allahurabbi...

Tepuk dada tanya selera, ke mana arah kita?





"Ya Allah, selamatkanlah zuriat-zuriat kami, keturunan kami, jauhilah ia dari tercemar, lindungilah daripada perosak dan penzalim yang ada di atas dunia dan lindungilah mereka dari melakukan kejahatan, kezaliman dan penindasan di atas muka bumi ini!"


baca lagi >> Sexual Grooming

4 ulasan:

  1. bdak2 sekolah rendah pun advance dari org dewasa..huhu

    BalasPadam
  2. Allahu..moga adik-adik...anak-anak sentiasa jaga diri..indat susah ibu ayah...ingat Allah sentiasa melihat..

    BalasPadam
  3. sekarang benda2 macam ni cepat expose. susah nk bendung

    BalasPadam
  4. betul. nampak kesusahan nak mendidik budak2 zaman sekarang. tak di tv, ada pulak di internet. dah ajar anak elok-elok orang lain pulak yang rosakkan.

    BalasPadam