Precious Baby 2020
Assalamualaikum w.b.t..
Harap semua pembaca blog ni sihat walafiat, bahagia, gembira dan sentiasa berada dalam lindungan rahmat & kasih sayang Allah.Pejam celik pejam celik dah nak masuk 2020 tahun depan. Dulu bila dengar 2020 macam-macam bermain dalam fikiran. Terbayang bagaimana agaknya tahun 2020 nanti.Benarkah akan adanya kereta terbang? Masa tu terasa 'aura' nya...wow!
Alhamdulillah, berkat usaha & kesabaran kami selama ini, Allah makbulkan doa kami untuk menimang cahaya mata. Setelah bertahun kami usahakan, doa & akhirnya bertawakal.Sebaik-baik sandaran hanyalah pada Allah s.w.t jua.
Sewaktu menaip tulisan ini, usia kandungan baru mencecah 18 minggu. Perut pon masih kecil, nampak tak nampak saja.Tapi alhamdulillah... baby sihat-sihat saja di dalam sana.Masih panjang perjalanan ini. Semoga yang baik-baik sahaja, Insyaallah.
Bukan setahun dua penantian ini, 6 tahun usia perkahwinan kami, inilah kurniaan yang kami nanti- nantikan selama ini. Sepanjang 6 tahun ini, macam- macam cara kami usahakan.
a) Berurut tradisional.
b) vitamin & ubatan moden.
c) Berjumpa ustaz & cuba rawatan islam.
d) Minum air rebusan Buah Zuriat.
e) Kiriman doa ibubapa & sahabat handai yang ke Mekah.
f) Rawatan Kesuburan.
Dua tiga tahun seawal perkahwinan, aku masih bersabar dan cuba bertenang.. menjalani kehidupan sehari-hari seolah tiada apa yang kurang dalam rumahtangga kami.Bertahan walaupun naluri keibuan seringkali menggamit hati.
Ramai saudara mara, sahabat handai malah adik beradikku yang nikah seusia pernikahan kami telah dikurniakan zuriat.Tipulah hati wanita mana yang tak tercuitkan.Tapi aku cuba tabah dan tetap tak mahu kalah, aku takkan biarkan emosiku rebah.
Masuk tahun ke-3 Perkahwinanku , aku mula bimbang.Usia yang semakin meningkat menambahkan lagi rasa gusar dan gundah dalam hati.Aku tahu, aku mesti buat sesuatu.Kali ini aku bertindak lebih agresif.Habis semua petua yang aku google diinternet aku cuba.Semua tips dan cara aku buat. Hinggalah aku terbaca tentang rawatan kesuburan di Hospital.
Setelah puas mengoogle, mencari maklumat tentang pusat-pusat yang menawarkan rawatan kesuburan, aku mula yakinkan diri untuk mencuba.
1. Pergi ke klinik kesihata ( KK) dan berjumpa doktor, nyatakan masalah dan tujuan.Bincangkan
dengan Doktor.Minta doktor buat surat rujukan untuk ke hospital bagi mendapatkan Rawatan
Kesuburan.
2. Datang ke Hospital bersama surat rujukan ( Aku memilih untuk ke Hospital kerajaan yang
menawarkan rawatan kesuburan) atas faktor kos dan kemudahan.
3. Set temujanji dan dapatkan kad rawatan.
4. Pemeriksaan oleh doktor.Kaunseling dan perbincangan:
i) Doktor akan melakukan pemeriksaan pada isteri serta melakukan imbasan scan untuk
medapatkan gambaran rahim serta kilang telur (ovari).
ii) Pemeriksaan darah untuk melihat hormon reproduktif isteri.Jenis hormon diperiksa bergantung
kepada rekod kesihatan serta kitaran haid.
iii) Fungsi tiub fallopio ( HSG) akan dilakukan untuk memastikan tiada tiub tersumbat, lekatan
atau sebarang kecacatan yang menghalang telur bersenyawa dengan ovum.
iv) Pemeriksaan air mani suami.
5. Selepas menjalani semua jenis ujian di atas, Doktor mengesahkan kami suami isteri TIADA
sebarang masalah kesuburan.Hormon aku stabil, tiub Fallopio ok, kilang telur ok.Cuma ditakdirkan
belum sampai rezeki kami.
Selama beberapa tahun menjalani rawatan kesuburan di Hospital aku telah menjalani berbagai rawatan , mengikut saranan doktor.
1. Rawatan menggunakan tablet kesuburan (Clomid) dengan pantauan doktor mengikut dos tertentu.
2. Rawatan menggunakan suntikan ubat kesuburan (Pregnyl, Gonal-f ) -masa ni kena inject perut ,
pedih sob3x.
3. IUI.
4. IVF.
Apalah sangat dugaan ini jika hendak dibandingkan dengan TTCian yang lain kat luar sana, aku tahu ada yang terpaksa menjalani pembedahan dan sebagainya demi untuk seketul Permata Hati .Betul tak? Aku doakan semua yang menanti kehadiran zuriat dikurniakan rezeki menimang cahaya mata tak lama lagi.Aminnnnnnnn...!!

Post a Comment