Jenama Lampin Pakai Buang Pilihan Ibu Bapa
Detik kelahiran bayi pertama merupakan satu detik indah yang dinantikan oleh bakal ibu.Setiap pasangan yang berkahwin pastinya akan menantikan detik-detik gemilang mendengar tangisan pertama bayi mereka.Pastinya pelbagai persediaan awal telah dilakukan oleh bakal ibu bapa untuk memastikan segala kelengkapan buat bayi tercinta dipenuhi.
Bukan sahaja persediaan untuk kelahiran, malah persediaan bayi seperti pakaian, penyusuan, mandian , dan juga lampin pakai buang untuk bayi.Pemilihan lampin pakai buang untuk bayi bagi menggantikan penggunaan lampin kain yang digunakan secara tradisional adalah konvensional dan lebih praktikal di zaman ini.
Cara pemakaian lampin kain tradisional
Namun , terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan lampin pakai buang ini.Ibu bapa perlu membuat kajian dan tidak boleh 'tangkap muat' sahaja dalam pemilihan lampin pakai buang yang akan digunakan oleh bayi mereka. Berikut merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan lampin pakai buang bayi:
1) Penggunaan material untuk membuat lampin pakai buang.
Pentingnya memastikan material yang digunakan untuk lampin pakai buang bersesuaian dengan bayi anda.Tidak terlalu lembut atau terlalu tebal dan keras untuk kulit bayi.Dibimbangi lampin pakai buang boleh menyebabkan kulit bayi melecet kerana material yang tidak bersesuai dengan kulit bayi yang lembut dan masih sensitif. Disamping itu material yang digunakan hendaklah diyakini selamat tanpa sebarang bahan kimia yang boleh merengsakan kulit bayi atau mendatangkan alahan kepada kulit bayi anda.Tidak ada sebarang campuran yang boleh menyebabkan kegatalan kulit dan bahagian sulit bayi anda dan tidak mengganggu hormon bayi anda. Sesetengah campuran bahan kimia boleh menganggu hormon dan pertumbuhan bayi.
2) Ketahanan Lampin pakai buang.
Lampin pakai buang yang mempunyai ketahanan boleh mengelakkan kebocoran.Tahan lasak dan dalam masa yang sama tidak merosakkan kulit bayi.Biar pun berjam-jam bayi anda memakainya, ketahanan lampin pakai buang masih terjamin.
2) Kesesuaian lampin pakai buang dengan kulit bayi.(Sesetengah bayi mempunyai kulit yang sensitif dan mudah melecet atau mudah terkena alahan ruam lamping dan sebagainya).
Kulit bayi masih lembut dan mudah tercedera.Pentingnya kesesuaian lampin pakai buang dengan kulit bayi dimana lampin pakai buang yang 'mesra' kulit bayi serta mempunyai rongga udara dan bukaan untuk kulit bayi bernafas.Jika tidak, bahagian sulit bayi akan terperap dan berbau kepam.
3) Saiz dan potongan (cutting) lampin buang bersesuaian dengan saiz pinggul dan punggung bayi.
Saiz dan potongan lampin pakai buang mestilah bersesuaian dengan tubuh bayi anda.Tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Memberi rasa selesa sehingga bayi anda tidak sedar mereka memakai lampin!
4) Harga lampin pakai buang.
Jika harga sekeping lamping pakai buang pun dah mencecah seringgit sehelai, macam mana nak bertahan sampai hujung bulan kan?Pilihlah lampai pakai buang yang lebih ekonomik dan dalam pada masa yang sama memenuhi kriteria bersesuaian untuk bayi anda. Pastinya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan?
Post a Comment