Resepi Bubur Bayi :Bubur Brokoli +Ayam

    Bayi semakin membesar dan susu ibu atau susu formula sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pertumbuhan tubuh bayi yang semakin membesar.Selain susu ibu atau susu formula, para ibu perlu mempersiapkan bayi untuk menerima makanan tambahan seperti bubur cair bersesuain dengan keperluah tumbesaran bayi anda.

    Oleh kerana bayi belum tumbuh gigi, maka bubur dalam bentuk pepejal belum boleh diperkenalkan kepada bayi justeru ibu perlu menyediakan bayi dengan bubur cair separa pejal.Terpulang pada kebijaksanaan para ibu samaada untuk memilih bubur segera atau menyediakan bubur mudah dengan penyediaan bahan ringkas yang mudah di dapati di dapur anda.Kali ini bubur yang akan disediakan untuk bayi adalah bubur Brokoli + Ayam. Penyediaannya ringkas dan mudah.

Bahan-bahannya adalah:

1) Brokoli

2) Isi Ayam

3) Bawang Putih

4) Bawang Merah

5) Beras biasa / Beras Perang



bubur brokoli dengan ayam

Untuk kali ini beras yang digunakan adalah beras biasa ,terpulanglah kalau ibu-ibu nak gunakan beras perang sebab beras perang lebih berkhasiat.Ada sesetengah orang gemar kisarkan beras sehingga hancur sebelum dijadikan bubur tapi, kaedah yang digunakan untuk bubur ini , tidak menggunakan beras kisar.


bahan bubur brokoli

Berikut adalah cara-cara penyediaan bubur Bayi Brokoli dengan ayam ini.

1.Mula-mula, bersihkan Brokoli dengan merendam dalam air panas selama setengah jam, bagi menghilangkan kutu dan kotoran dalam pokok Brokoli.

2.Kemudian rebus brokoli secara berasingan .

3.Bersihkan beras, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan isi ayam yang telah dipotong dadu.

4.Masak bubur nasi sehingga telah benar-benar empuk.

5.Setelah bubur nasi siap dimasak, masukkan brokoli dan bubur nasi ke dalam pengisar.

6.Kisar bubur nasi dengan brokoli sehingga hancur.

7.Simpan bubur dalam bekas kedap udara dan ambil sebahagian sahaja untuk bayi anda.

Bubur bayi



Tiada ulasan