Kampung People menghiburkan!
Assalamualaikum w.b.t
Cuti sekolah ni anak-anak kita buat apa? Cuti persekolahan sudah hampir ke penghujungnya.Tak lama lagi,ibu dan anak-anak termasuklah bapak-bapak sibuk menguruskan persekolahan anak-anak, betul tak?
Apa aktiviti ibu bapa bersama anak-anak sepanjang cuti persekolahan ni? Ada yang membawa anak melancong, berjalan-jalan, beriadah, berekreasi bersama keluarga, bersukan, berhibur menonton wayang, balik ke kampung halaman berjumpa sanak saudara mengerat silaturrahim, tak kurang juga yang melatih anak-anak membuat kerja rumah..Bagus, anda memang ibubapa yang cemerlang!
Baru -baru ni aku ada menonton rancangan tv yang berkonsep kekeluargaan di TV3. Walaupun pada aku jalan ceritanya macam ada yang tak masuk akal, tapi ada sesuatu yang menarik pada pandanganku.
Kampung People. Drama yang ditayangkan setiap Rabu sehingga Jumaat jam 9 malam, di Slot Lestari TV3 menggeletek hati.Drama yang diterbitkan oleh Kl Motion Picture ini memang sangat memenuhi konsep hiburan kekeluargaan yang sewajarnya ditayangkan waktu tayangan seperti ini di mana seisi keluarga berehat bersama-sama sambil menikmati hiburan malam di depan televisyen.
Tidak seperti Slot Lestari yang sentiasa menayangkan drama cinta geli-geleman yang ditayangkan di hadapan anak-anak remaja mahupun bawah umur ditonton pula bersama ibu bapa atau mungkin atau nenek yang meningkat usia.Pujian wajar diberikan terhadap penerbit drama yang cuba mengangkat nilai kekeluargaan dalam norma kehidupan menerusi teknik santai dan humor ringan yang tidak keterlaluan serta masih dapat diterima akal.
Lakonan Elly Mazlien walau agak keterlaluan pada sesetengah scene namun berjaya ' menghidupkan' watak seorang mummy yang berkesan. Pembawakan watak Shidi sebagai bapa jugak amta menghiburkan dalam menangani kerenah penduduk kampung dan ahli keluarganya yang bermacam ragam.
Jelek dengan slanga Bahasa Inggeris yang digunakan oleh Riena Diana yang membawa watak anak perempuan kepada Mona dan Razif namun pembawakan wataknya jugak berjaya menambah rencah dalam drama ini.Bagaimana dia menjalani transformasi daripada anak orang kaya yang kerap berbelanja cuba menyesuaikan diri menjadi anak seorang petani.
Watak yang paling kelakar, namun genius dan penuh idea nakal, itulah anak lelaki keluarga ini iaitu Yummy. Berbadan agak gempal namun nampak comel dengan gelagat dan pelbagai buah pikiran nakal. Imran atau Yummy seringkali menimbulkan masalah dan pelbagai kekecohan namun dia jugak genius dan penuh idea yang kadang-kala dapat menyelamatkan mereka seisi keluarga.Seringkali menjadi penyelesai masalah dan juga pencetus masalah dalam masa yang sama!
Geli hati melihat perangai mereka sekeluarga! Jangan lupa menonton 'Kampung People' sebab drama ini ada 13 episod sahaja!
JUDUL : KAMPUNG PEOPLE
TARIKH TAYANGAN : 11 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
EPISOD : 13 episod
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin
PRODUKSI : Kl Motion Picture
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin
PELAKON : Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Shah Kimin, Haeriyanto Hassan, Shahkimin, Azwan Razali.
WATAK PELAKON
Rashidi Ishak sebagai Razif / Razif
Elly Mazlein sebagai Mona / Aminah
Riena Diana sebagai Laila
Kamarul Eqifshah sebagai Adam
Shah Kimin sebagai Ismail
SINOPSIS KAMPUNG PEOPLE
Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan suasana kampung.