Walker Bayi, perlu atau tidak?
Baby walker, seringkali digunakan oleh ibubapa di serata dunia dan dianggap sebagai alat paling ideal untuk mengalakkan anak-anak untuk mula bertatih disamping membuatkan bayi mereka terhibur, tenang dan berasa selamat.Oleh kerana itu juga kebanyakkan ibubapa tanpa rasa was-was memilih untuk menggunakan Baby walker untuk memudahkan kerja mereka menjaga bayi mereka yang cerewet adakalanya hanya mahu sentiasa didukung, menangis dan takut ketika dibiarkan berseorangan tanpa ditemani ibu atau sesiapa di sisi mereka.
Oleh kerana tuntutan kesibukan seorang ibu untuk melaksanakan tugas rumahtangga, maka ramai ibu yang selesa memilih Baby walker untuk membantu melekakan bayi untuk bermain dan meneroka sekeliling kawasan rumah.Anak kecil berhenti menangis, ibu lega kerja rumah dapat dilaksana!Tanpa disedari sebenarnya terdapat kemudharatan dalam penggunaan Baby walker terhadap anak mereka.Berbeza pendapat dengan orang awam, para penyelidik menegaskan bahawa sebenarnya penggunaan Baby Walker tidak membantu bayi untuk berjalan malah melambatkan dan mengganggu proses semulajadi untuk bayi berjalan!
Menurut kajian dalam jurnal Pediatrics,antara tahun 1990 dan 2014 lebih daripada 230 000 kanak-kanak yang berumur kurang daripada 15 bulan dirawat di jabatan kecemasan AS kerana kecederaan yang berkaitan dengan walker. Sebilangan besar kecederaan berlaku ketika anak-anak jatuh di tangga sewaktu bermain di dalam walker, biasanya mencederakan kepala atau leher mereka, dan ada kalanya keadaan menjadi lebih serius.
Mengapa Baby walker tidak digalakkan? Sebaiknya jangan beli Baby walker. Pakar keselamatan dan profesional kesihatan sangat tidak menggalakkan penggunaan Baby walker, kerana jumlah kemalangan dan kecederaan yang ditimbulkannya. Baby walker berbahaya kerana ia memberi akses untuk bayi bergerak dengan kelajuan tambahan, ketinggian tambahan dan terdedah kepada pelbagai bahaya.
Bukan itu sahaja,menurut Dr. Claire McCarthy, daripada Harvard health Publishing,kanak-kanak yang duduk di dalam baby walker boleh menarik barang-barang ke bawah sendiri, atau mencapai benda-benda berbahaya (seperti benda tajam atau cecair panas) yang tidak dapat dijangkau juga boleh terhantuk pada permukaan keras dan tajam. Malah,kanak-kanak ini boleh terjatuh dari baby walker dan cedera atau berkemungkinan lemas ketika mereka berlari ke kolam renang. Terdapat juga kecederaan akibat mainan yang melekat pada Baby walker.
Bayi yang menggunakan Baby Walker lebih memerlukan perhatian berbanding apabila bayi tidak menggunakannya.Statistik menunjukkan hampir 40% kanak-kanak yang menggunakan Baby Walker berakhir dengan kecederaan (Anggaran 4000 kecederaan setiap tahun di UK). Jurnal Perubatan British menyatakan penggunaan Baby Walker tidak dikaitkan dengan pencapaian duduk atau berdiri.Oleh kerana Baby Walker menahan mereka untuk tegak, anak itu tidak belajar kemahiran keseimbangan yang betul yang diperlukan untuk berjalan.
Terdapat juga kajian menunjukkan penggunaan Baby Walker dengan kelewatan perkembangan kemahiran motor.Ini kerana, secara semulajadinya kebanyakkan bayi berguling di atas lantai,duduk dan merangkak, menjalar atau mengesot, berusaha untuk berdiri dengan berpaut di sekitar perabot atau objek pegun yang lain.Ini bermaksud bahawa bayi perlu menghabiskan banyak masa di lantai, belajar dan berlatih aktiviti ini.
Bukti menunjukkan
bahawa bayi yang menggunakan Baby walker duduk, merangkak dan berjalan lebih
lambat daripada yang tidak menggunakannya dan juga mendapat skor lebih rendah
pada Penilaian Bayley yang melihat perkembangan mental dan perkembangan
bahasa serta kemahiran motor kanak-kanak.Baby Walker menghalang atau dalam kes yang lebih teruk,
mencegah anak itu merangkak dan membuatkan anak dalam kedudukan tegak yang mana mengganggu
perkembangan otak semula jadi kanak-kanak.
Seperti yang dinyatakan oleh Unit Fisioterapi Hospital Gilbert Bain ,Shetland UK Otak berfungsi dalam corak silang silang dengan otak kiri mengawal lengan dan kaki kanan dan otak kanan mengawal lengan dan kaki kiri.Merangkak adalah aktiviti penting dalam mendorong persilangan ini corak di otak untuk berkembang.Penggunaan Baby Walker menyebabkan bayi kehilangan peluang untuk belajar kemahiran motor yang penting dan persepsi seperti jarak dan kedalaman, dan konsep utama seperti masuk / keluar dan atas/ bawah.
Penggunaan Baby Walker juga mengganggu perkembangan semula jadi kanak-kanak dan boleh menyebabkan pinggul dan lutut untuk menampung berat badan dengan kedudukan yang tidak normal seterusnya boleh menyebabkan perubahan jangka panjang pada corak anak tersebut berjalan dan kadang-kadang boleh menyebabkan masalah pada pinggul untuk jangka panjang.Baby walker mengajar kanak-kanak untuk mengesot di sepanjang lantai dengan menggunakan jari kaki mereka dan ini menguatkan otot yang salah di kaki. Ini boleh memberi kesan besar pada keseimbangan dan otot serta pengembangan sendi, termasuklah masalah kaki dan pergelangan kaki untuk jangka panjang.
Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kekangan dalam kajian kajian yang dijalankan dan ada juga beberapa pertikaian tentang baik buruk penggunaan Baby Walker ini. Justeru sebagai ibubapa haruslah membuat pertimbangan yang sewajarnya samaada membenarkan penggunaan Baby Walker kepada anak mereka atau tidak.Sekiranya anda masih teragak-agak dan mencari jalan yang lebih baik untuk mengajar anak berjalan, ikuti nasihat daripada Unit Fisioterapi Hospital Gilbert Bain ,Shetland UK ini:
1)Berikan masa yang secukupnya untuk perkembangan kekuatan dan kestabilan otot, semua bayi akan berjalan ketika mereka cukup bersedia (biasanya antara 9-18 bulan).
2)Galakkan 'Tummy Time' sebanyak mungkin - kami menasihatkan bayi mesti tidur terlentang dan bermain secara meniarap.
'Tummy Time' adalah asas utama bagi semua kemahiran motor dan kekurangan ini boleh memberi kesan besar.
3) Sekiranya anda mempunyai lantai keras, pasangkan permaidani besar atau tikar yang tidak bergerakdi lantai supaya bayi anda mempunyai cengkaman semasa mereka belajar merangkak dan berjalan.
4) Pertimbangkan untuk mendapatkan Baby walker jenis tekan yang stabil apabila mereka dapat berdiri sendiri. Sekiranya anda mempunyai lantai lamina, itu adalah idea yang baik untuk memakai kasut bayi atau membiarkannya dengan kaki yang kosong untuk cengkaman yang lebih baik. Beberapa contohnya adalah: