Siakap oh Siakap
Gelama, Ikan Duri,
Bercakap bohong,
Lama-lama mencuri
Baiklah hari ni bukan nak
berbalas pantun ya, kita nak cerita tentang isu panas yang makin menjadi jadi
pulak iaitu Siakap.
Apa sebenarnya kes Siakap
ni.Sampai heboh diperkatakan?Permulaan tercetusnya isu ini apabila seorang
pengguna media sosial baru-baru ini telah memuatnaik kenyataan yang
seterusnya menjadi viral apabila membayar nilai yang tinggi untuk menjamu
hidangan Siakap di Langkawi.
Muhammad Faris Zulkarnain
melahirkan rasa terkejut kerana dikenakan bayaran RM1196.80 untuk hidangan ikan
siakap tersebut.Pada 2 November baru-baru ini,Muhammad Faris bersama keluarga
dan rakan sekerjanya menaiki bot (Mangrove Tour Langkawi) mengelilingi beberapa
pulau dan tempat menarik di situ.
Mereka telah dikatakan menjammu
selera di sebua restoran.Selesai menjamu selera dan ikan yang ditempah masih
berbaki separuh dan dibungkus, dia terkejut apabila mahu membayar di kaunter
bil dengan nilai RM1852.50 untuk ikan tersebut.
Kejutan yang sama diterima oleh
seorang pengguna Facebook Niena ZM apabila dicaj sebanyak RM1,738.70 untuk
menu Siakap.Niena mendakwa
kejadian berlaku pada Rabu (3 Nov) ketika sedang makan di restoran terapung
selepas menaiki bot untuk melihat keindahan alam semula jadi di Kilim Geoforest
Park.
Menurut Niena lagi,pemilik
harus memberitahu harga ikan berdasarkan saiz setiap gramnya supaya
pelanggan boleh membuat keputusan untuk membuat pesanan jika berniaga secara
telus.Sedangkan kedai tomyam di Kuala Lumpur biasanya akan menerangkan saiz dan
harga makanan serta memberi cadangan yang sesuai untuk pelanggan.
Terdapat juga aduan lain yang
dimuatnaik di Facebook di ruangan komen yang menyatakan rasa ketidakpuasan hati
pelanggan dengan bayaran yang dikenakan oleh restoran terbabit.Malah ,
rata-rata netizen ada yang mempersoalkan harga air kosong da telur dalam resit yang
di paparkan.
Sementara itu, mmaklum balas
isu ini daripada pemilik restoran itu sendiri, kos operasi Restoran terapung
di Kilim Geoforest Park menelan belaja yag banyak , malah ikan Siakap yang
dijual tersebut diternak oleh pemmilik restoran selama sebelas tahun dan
beratnya juga mencecah seberat 7.48 kilogram, dipelihara untuk
dipertontonkan sebagai tarikan kepada pengunjung restoran.
Walaubagaimaa pun,penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Langkawi turut melakukan siasatan di restoran itu.Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Langkawi, Abdul Rafar Wahid ketika dihubungi, memaklumkan pihaknya mengumpul maklumat kejadian itu daripada pengadu serta peniaga dan siasatan lanjut sedang dijalankan secara adil.
Resit lain yang dimuatnaik pengguna Facebook.
Pada pedapat Madam N sedirila, harga ikan Siakap Langkawi ni, boleh buat beli seketul emas.Makan siakap masuk perut, jadi najis tapi kalau beli emas boleh jadi pelaburan. Hehehe jangan marah ya.Siapa nak beli emas jom contact Madam N, kita tunjuk katalog pm tepi.
Jujurlah pendapat Madam N kan... itulah harga yang perlu dibayar oleh pelangan yang nakkan percutian yang tak dapat dilupakan di Langkawi.Pasti akan jadi kenang-kenangan di masa akan datang.Secara logikya memanglah harga makanan akan jadi mahal, di tempat pelacongan.Makan pula di tempat yang di wartakan sebagai Geopark.Kilim Geoforest Park, restoran terapung atas air,kan?
Berapa kos operasi restoran terapung? Bukan senang nak ke darat hari-hari ambil stok barag kering barang basah , kos nak ternak ikan Siakap? Untuk menndapatkan semula pulangan modal pengoperasian, nak bayar gaji pekerja, tukang masak, nak cover balik kos semasa restoren tutup akibat PKP, logiklah harga jus tembikai RM35 satu jag tu.
Lain kali mungkin pelanggan lain boleh ambil ikhtibar , dan memeriksa senarai harga atau merisik-risik dahulu pengalaman pelancong dan pegujung lain yang pernah makan di atas restora terapung di Langkawi ini.
Sebelum megakhiri peulisan ini Madam N nak bagi teka-teki.
Apa beza Siakap beli di kedai Tomyam KL dengan Siakap Langkawi?
Jawapannya..
Siakap KL TAK MAHAL macam Siakap Lagkawi RM2000 seekor. Hik! jangan marah naaaa.Lepas ni bertambah viral la Siakap keli page kan...gurau
Ada yang teringin nak makan Siakap di Langkawi? Jom dapatkan penerbangan ke Langkawi sekarang!