Genetik :Baka anak Genius?

Salam mesra.Hi semua blogger.Harap sihat2 belaka.Yang sakit makan ubat cepat, jangan biar melarat, yang dah melarat ,buat2lah solat sunat taubat..takut tak sempat.

Bismillahirahmanirrahim..

Betul ke, Genetik boleh mempengaruhi Intelektual (kecerdikan dan kecerdasan otak) anak-anak?
Bermaksud, kalau nak anak bijak , kena pilih pasangan yang bijak2.Mak kena jadi bijak, hasil daripada baka bijak dan bapak jugak kena daripada baka bijak? Betul ke ni??

Maksudnya, kalau mak atau bapak  yang kurang cerdik atau dua2 mak dengan bapak memang langsung tak berapa nak cerdik, tak ada peluanglah nak hasilkan benih yang cerdik? tak ada peluang nak dapat waris yang high level intelektualnya?


Genius Malaysia

Adik Adi Putra-Genius Matematik Malaysia

Menurut The California State Department of Education,terdapat lima bidang pengkelasan utama untuk mengkategorikan seseorang kanak-kanak itu sebagai Genius ( berkebolehan luar biasa)  iaitu:

1.Keupayaan intelek yang tinggi.
• Ini ditentukan oleh ujian IQ
• Antara keupayaan yang akan dinilai berdasarkan:
  # Lisan
  # Matematik / Kuantitatif
  # Spatial
• Pelajar tidak semestinya menunjukkan prestasi yang setara dalam ketiga-tiga bidang tersebut.

2. Pemikiran Kreatif
• Ini dinilai melalui pemerhatian dan skala ciri-ciri tingkah laku.
• Sebahagian daripada ciri-ciri berikut dapat dikenalpasti:
  #  Berkemahiran dalam  penyelesaian masalah yang kreatif.
  # Keinginan  dan kecenderungan untuk menjadi unik dan lain daripada yang lain.
  # ‘Sense of Humor’ yang kuat.

3. Kepimpinan
• Ini ditentukan oleh pemerhatian dan skala tingkah laku ciri.
• Ciri-ciri yang dapat diperhatikan:
  # Popular; disukai oleh rakan-rakan
  # Yakin pada diri sendiri
  # Berdisiplin dan teratur.
  # Berpengaruh.

4. Kebolehan Akademik Tertentu.
• Ditentukan oleh skor ujian.
• Dianggap seorang pelajar yang cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu bidang akademik
• Pelajar berprestasi tinggi di sekolah

5. Visual dan Seni Persembahan.
• Selalunya ditentukan oleh portfolio atau uji bakat
• Biasanya pencapaian dalam satu atau lebih daripada bidang tertentu: seni, drama, muzik, dan / atau tarian.

DAN saya menambah satu bidang lagi yang tidak dinyatakan di sini iaitu:

6. Al-Qur’an dan Hadith.
• Dapat dikenalpasti melalui bakat dan kebolehan secara pemerhatian dan ujian lisan atau bertulis.
• Biasanya pencapaian dalam satu atau lebih daripada bidang tertentu: menghafaz Al-Quran/
Membaca Al-Quran dengan lancar dan bertajwid / menghafaz hadith.


Genius Kimia

                                                           Adik Ainan Cawley -Genius Kimia Malaysia


Berikut merupakan beberapa Fakta  dan laporan mengenai perhubungan antara Genetik dan Anak Genius :



# Fakta: 1


IQ Scale


"Cerys Cooksammy-Parnell adalah seperti kebanyakan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun  yang lain.Dia membesar di Birmingham, England. Dia suka bermain mesej dengan rakan-rakannya, dia baru sahaja mula belajar bagaimana untuk bermain tenis, dia tidak pernah  mengalahkan bapanya di dalam permainan catur, dan permainan iPhone kegemarannya adalah 'Fruit Ninja'

Sesuatu yang luar biasa mengenainya adalah,Cerys telah deperakui sebagai GENIUS.Dengan ukuran tahap IQ yang lebih tinggi berbanding Einstein dan Stephen Hawking!
Cerys bukan GENIUS termuda, tetapi dia adalah yang paling muda yang pernah dicatatkan mencapai skor yang sempurna 162.

Macam mana tu? menurut laporan, satu faktor yang dikenalpasti adalah kerana GENETIK.Ya, keturunannya!.Lagipun, ayahnya adalah bekas juara catur, seorang peguam yang berjaya, dan memperolehi catatan 142 pada ujian IQ, sekaligus meletakkan dia sebagai dalam kalangan dua peratus IQ tertinggi daripada jumlah populasi keseluruhan penduduk. Jadi, adakah Cerys mewarisi kepintarannya daripada ayahnya?"


# Fakta: 2

Kajian daripada Genome-wide association menunjukkan bahawa kecerdasan akal manusia adalah sangat diwarisi dan bersifat poligenik. 



genetik

Genetik

# Fakta: 3

Menurut  Dr. Keith Witt seorang  Clinical Psychologist & guru menyatakan:

"Kajian terhadap faktor genetik telah melaporkan satu penemuan bahawa:anak lelaki mewarisi kebanyakkan daripada kepintaran mereka dari gen X mereka, yang feminin.Ini bermaksud, anak lelaki mewarisi kepintaran kebanyakkannya daripada ibu manakala anak perempuan mewarisi kepintaran kedua-dua ibu dan bapa.


Daripada 23 set kromosom dipadankan kita semua mempunyai, dua puluh dua padanan ,tetapi terdapat perbezaan pada jantina kromosom:

Lelaki mendapatkan X daripada ibu mereka dan Y daripada bapa mereka, dan wanita mendapatkan X daripada kedua-dua ibu dan bapa.Kromosom Y daripada padanan kromosom XY mempunyai 100 gen tetapi satu pun daripada gen itu tidak terlibat dalam kognitif- Berfikir, Merancang, dan  mengenalpasti.. semua yang berkaitan dengan kepintaran.Berbeza dengan kromosom X yang mengandungi 1000 gen dan kebanyakkannya mempengaruhi tahap kepintaran dan kognitif."



kromosom


# Fakta: 4

Dalam sebuah artikel yang ditulis di dalam The New York Times Magazine, David L. Kirp, professor of public policy at the University of California, Berkeley,telah membuat kesimpulan berdasarkan perbahasan  berkenaan konsep genetik.

Menurutnya, persekitaran juga memainkan peranan untuk mencapai potensi genetik yang baik iaitu; 

Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang baik, ibu bapa yang sangat menyokong dan membantu proses perkembangan kongnitif anak, dapat membantu anak mencapai tahap kognitif dan intelektual yang tinggi.


# Fakta: 5

Walaupun begitu, sekiranya kepintaran luar biasa ini tidak dimanfaatkan dan diperkayakan /diberi rangsangan yang elok maka masa depan kanak-kanak Genius ini mungkin musnah begitu sahaja kerana mereka merasakan tiada gunanya Anugerah kepintaran luar biasa itu kepada diri mereka.Mereka  mungkin merasakan diri mereka berbeza, sangat sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang-orang disekeliling, dan mula bosan dengan kurniaan tersebut.Mereka akan merasakan kurniaan itu sebagai satu beban yang menyusahkan.

Penting untuk membantu anak-anak Genius ini menyesuaikan diri dalam persekitaran dan hidup bermasyarakat agar mereka tidak sesat.Apa yang menyedihkan hari ini, semakin ramai genius yang dilahirkan , semakin mudah pula ia dihancurkan.Ada yang akhirnya terkapai-kapai di tengah lautan dan hanyut di bawa arus deras entah ke mana halanya.Entah mengapa kurniaan yang dianugerahkan tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.


Adakah ia sebahagian daripada rencana BARAT yang sengaja hendak menyesatkan.Adakah agenda tertentu yang telah direncanakan untuk memusnahkan para ilmuan dari negara ISLAM agar tidak akan ada yang mampu menandingi 'kehebatan' dan 'kegeniusan' mereka akhirnya?

Ada juga media luar yang telah menulis 'How Malaysia has failed its gifted children'.Ya, kegeniusan mereka tak pergi ke mana.

Entri ini BUKAN bersifat berat sebelah.Siapalah I untuk menunding jari menyalahkan sesiapa. Tepuk dada tanya hati, tanya minda anda.Di mana silapnya?


Jadi kesimpulannya di sini, Genetik memang memainkan peranan dalam Intelektual dan level IQ anak-anak.Tetapi terdapat banyak faktor lain yang turut menjadi penyumbang.Isu genetik dan kepintaran anak ini hanya tertakluk untuk anak2 yang memang Genius (mempunyai kebolehan istimewa semula jadi * anugerah allah)

Berbeza dengan bakat.Bakat dan kemampuan anak-anak boleh dilatih bersesuaian dengan minat anak.Ibu bapa boleh memperkayakan pengetahuan anak dan membantu peningkatan tahap kognitif anak-anak dengan memberi rangsangan terhadap deria mereka, psikomotor, dan kognitif.


'Anak itu ibarat kain putih.Ibu bapalah yang akan mencorakkannya dengan warna-warna pilihan mereka.Buatlah pilihan yang bijak!'



sumber (fakta) :

Davies, G., Tenesa, A., Payton, A., Yang, J., Harris, S. E., Liewald, D., … Deary, I. J. (2011). Genome-wide association studies establish that human intelligence is highly heritable and polygenic. Molecular Psychiatry, 16(10), 996–1005. doi:10.1038/mp.2011.85.

sumber gambar: Google

Tiada ulasan