Hai semua bloggers yang kiut miut lagi comel2 blaka.
Today's I tertarik nak cakap sikit pasal :
"Kerana Pulut Santan Binasa,
Kerana Mulut Badan Binasa.."
Selalu dengarkan?
Rasulullah ditanya mengenai apakah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka. Rasulullah SAW menjawab : "Dua lubang iaitu lubang mulut dan kemaluan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang buruk budi
pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Nampak tak betapa bahayanya mulut (lidah)? Tapi I nak fokus sini berkenaan IMAN
"Kerana Pulut Santan Binasa,
Kerana Mulut IMAN binasa.."
Macam mana tu?
Murtad boleh berlaku dengan perkataan
atau ucapan dan kata-kata yang dikeluarkan oleh seseorang : (Murtad Qauwli)
1) menunjukkan dia
menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam dan hukum-hukum Islam.
contoh:
# "Apa hadith nabi? mana ada hadith macam tu?"
# "Asyik2 itu tak boleh, ini tak boleh..kolotlah ikut hukum ISLAM!"
2) menghina Allah S.W.T
contoh:
#"Kalau Allah tu betul2 adil..takkan dia biar kita semua ni hidup gelandangan macam ni!"
# "Allah tu macam ada banyak mata pulak nak spy kita kat mana-mana? karut!"
3) menghina Nabi Muhammad S.A.W dan nabi-nabi lain.
contoh:
# "Ah, sekacak2 nabi Yusuf kacak lagi aku!"
# menuduh nabi Muhammad S.A.W sebagai 'gila seks' kerana berkahwin ramai.
4) mengingkari wajib mengeluarkan zakat , wajib
berpuasa , wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain.
contoh:
# "Alah, sembahyang tu dah tua2 nanti boleh buat..sekarang enjoy dulu!"
# "Apa barang bayar zakat? buang duit je!Aku penat2 cari duit nak bagi orang buat apa?"
5) Begitu juga
Kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang diharamkan oleh Allah dan
rasul-Nya atau sebaliknya seperti dia menghalalkan zina , menghalalkan liwat (hubungan sejenis), menghalalkan minum arak.
contoh:
contoh:
# "Hari ni aku minum je arak ni, esok2 aku taubatlah..tuhankan penyayang? mesti esok2 dia ampunkan aku!"
#" Daging babi ni HALAL , darurat ni..kita kat luar negara.Bukan kat Malaysia!Makan jelah"
6) mengharamkan sesuatu yang halal atau telah disepakati
oleh para ulama tentang halal atau haramnya atau
mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya.
contoh:
#"Haramlah kahwin.Tak payah kahwin..kita duduk serumah je.Tegok orang kat Barat tu rileks je..
Maka sikap semikian
boleh menjadi MURTAD
0 Reviews:
Catat Ulasan