F REVIEW : BIG HERO 6 3D - Syifa Signature

REVIEW : BIG HERO 6 3D

AL-Kisah..sejak Khamis malam lagi my hubby merengek-rengek nak pergi tengok movie BIG HERO 6 3D ni.

I pun tanya,best ke citernyer? Hmm..tapi i letih plus malas sngat2 nak kluar p tengok wayang. Jadi beta pun janji dengan dia, kita pergi tengok esok malam saja ler..K? Last2 dia termakan jugak pujukkan I.Kikiki..

Tapi, siang2nya dia tuntut janji..malam ni kan? malam ni kan?



I pun jawab..yela..kita pg tengok movie malam ni..DAN malamnya pun kami pergi ke Festival City semata-mata untuk tengok cerita BIG HERO 6 3D ni..



Okey..sedikit ulasan.I bagi 4 bintang untuk cerita ni.Cerita ni animasi 3D actually, beta sebenarnya tak la minat sangat tengok kartun ni.Tapi dah suami beta nak tengok and nak beta temankan, layankan saja la..

Big Hero 6 dihasilkan oleh Walt Disney Animation Studios, berdasarkan dari team superhero Marvel Comics dengan nama yang sama. Filem ini akan menjadi filem animasi yang ke-54 di Walt Disney Animated Classics series. 


Bagi I, cerita ni sesuai sangat2 untuk anak2 kecik yang nak meningkat remaja.Jalan ceritanya agak menarik.Di kota metropolitan San Fransokyo (portmanteau dari San Francisco dan Tokyo) mengisahkan Hiro Hamada berusia 14 tahun,watak utama dalam cerita ni yang merupakan anak yatim piatu setelah ibubapanya meninggal dunia akibat kemalangan.Dia tinggal bersama abangnya,  Tadashi.Tadashi dan Hiro adalah budak genius.Hiro berjaya menamatkan sekolah tinggi diusianya 14 tahun.Manakala abagnya Tadashi genius robotik yang belajar di universiti ternama yang menghasilkan pelajar2 genius sains dan teknologi penciptaan.

Berbeza dengan Tadashi yang memanfaatkan kegeniusannya dalam penciptaan robot yang memberi manfaat kepada manusia, Hiro Hamada lebih tertarik kepada perlawanan robot.Hinggalah Tadashi memperkenalkan kawan2nya dan hasil penciptaan sains mereka di makmal di Universitinya, dan berjaya menarik minat Hiro Hamada untuk mengikut jejak langkah abangnya itu.

Hiro Hamada telah diperkenalkan oleh abangnya dengan Bymax--> Robot yang mesra dan mudah dipeluk (friendly) ;hasil ciptaannya.Robot Bymax diprogramkan sebagai penjaga kesihatan manusia dengan fungsi pelbagai.Jururawat kesihatan!


Hiro nekad menyertai pameran ulung di universiti abangnya untuk mendapatkan tempat di universiti itu!Malang menimpa apabila Hiro memenangi pertandingan itu dan Universiti tiba-tiba terbakar.Abangnya, Tadashi terkorban dalam kebakaran itu.Lama dia berkabung sehinggalah satu rahsia terbongkar! Tadashi terkorban dalam kebakaran kerana perbuatan sesorang!

Untuk menemukan si pembunuh abangya, maka Hiro membentuk team yang bernama Big Hero 6 terdiri dari Wasabi, Honey Lemon, GoGo Tomago, Fred, Baymax dan dirinya sendiri (Hiro Hamada). Selain itu Big Hero 6 juga berusaha untuk membantu melindungi serta menyelamatkan rakyat di negara mereka dari cengkeraman jenayah yang mengancam untuk menghancurkan San Fransokyo.


                                                   <SUMBER:GOOGLE>


APA YANG MENARIK TENTANG CERITA INI??

1)I suka dengan Tema Sains Teknologi dan Penciptaan yang diketengahkan.
2)Membuka ruang imaginasi anak2 dan kreativiti anak2.
3)Memotivasikan dan berjaya menggarap unsur teladan.
4)Mengetengahkan banyak nilai positif seperti semangat setia kawan, penyayang, kreatif,berdaya saing, tidak mudah putus asa, jauhi dendam, dan berfikiran genius dan lebih terbuka.
5)Daya imaginasi yang tinggi .


HARAPAN BETA

1)Andainya filem2 di Malaysia lebih banyak menjurus kepada tema sebegini, malangnya jauh berbeza dari tema2 dan pengisian filem melayu yang bersifat (membodohkan manusia dan penonton, cintan-cintun, gangsterism, unsur seram melalut, -->> lebih menonjolkan unsur buruk dari kebaikan)
2)Andainya penerbit filem lebih kreatif dan tinggi imaginasi serta bermotivasi lahirkan filem berkualiti untuk menggerak minda dan jiwa penonton di semua peringkat umur..
3)Andainya garapan unsur teladan dan nilai positif diterap dalam kebanyakkan filem Malaysia..?
4)Generasi MUDA Tanggungjawab kita bersama!


CONVERSATION

0 Reviews:

Catat Ulasan